Saya mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia atas kunjungan
Dan lawatan kerja ke negeri Kelantan sempena pengurniaan darjah kebesaran daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V.
Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri dalam kunjungan tadi, antaranya ;
1- Komitmen meneruskan pelaksanaan projek tebatan banjir, bekalan air bersih dan masalah bekalan air kepada pesawah.
2- Menampung kos projek Pusat Dialisis Yayasan Sultan Kelantan Darul Naim sebanyak RM8 juta.
3- Menambah baik Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu sebanyak RM5.5 juta.
Semangat federalisme hendaklah sentiasa dijunjung tinggi dalam memastikan kebajikan rakyat terus diberi keutamaan dan ia merupakan kunci kepada pembangunan berterusan dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan Negeri Kelantan komited akan terus mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta sentiasa terbuka kepada kerjasama yang membawa manfaat kepada negeri ini tanpa mengira perbezaan politik, selagi ia selaras dengan prinsip ‘Membangun Bersama Islam’ yang menjadi dasar pentadbiran negeri.
Sekian.
YAB DATO’ PANGLIMA PERANG
USTAZ DATO’ HJ. MOHD NASSURUDDIN BIN HJ. DAUD
Menteri Besar Kelantan
BACA: Tak tahan kos sara hidup di Korea Selatan, pelarian nekad balik Korea Utara