Assalam dan selamat sejahtera. Saya ibu kepada lima orang anak. Seorang pegawai kerajaan gred A.
Masih bekerja lagi. Apa yang nak saya luahkan hari ini ialah tentang sikap anak anak hari ini yang pandai cmplain ibu bapa mereka sendiri.
Saya bersyukur kerana dikurniakan anak anak yang bijak pandai. Sorang telah berkahwin dan mempunyai seorang anak.
Seorang baru graduate dari universiti tempatan.
Dua orang sedang melanjutkan pelajaran di universiti manakala yang bongsu masih di sekolah menengah tersohor di malaysia.
Apa yang nak saya bangkitkan hari ini ialah sikap anak anak yang tidak menghargai penat lelah ibu bapa membesarkan mereka.
Kebanyakkan anak anak hanya nampak keburukan ibu bapa sahaja. Bila dah besar dan dewasa, mereka ini merasakan mereka betul dan apa yang ibu bapa buat salah.
Saya suami isteri berpendapatan agak besar. Jadi sejak kecil, anak anak memang hidup senang. Kemana sahaja saya dan suami pergi melancong, kami pasti akan bawa anak anak bersama.
Hatta melancong ke luar negara juga. Dan anak anak juga pernah dibawa mengerjakan umrah. Apabila anak masuk U, saya akan tanggung semua. Jadi mereka tak ada hutang PTPN apabila habis belajar.
Tapi yang menyedihkan, anak anak saya selalu sahaja meluukakan hati saya. Mereka selalu menyebut dan mengungkit benda benda remeh yang saya buat semasa mereka kecil.
Seolah olah mereka tak nampak langsung susah payah saya. Mereka juga selalu cakap saya tidak memahami mereka.
Mereka tak nampak kebaikan yang telah saya buat kepada mereka. Dan mereka juga akan lawan bergaduh dengan saya kalau saya nasihatkan mereka. Yang paling saya sedih ialah yang no 3 ni.
Selalu kata dia ada skit jiwa.. ada d3pr3ssion. Apa taknye. Nak suruh baca quran punya lah susah. Nak ajak pergi msjid ada jer alasan dibagi. Selalu suruh zikir tapi mulut asyik menyanyi jer. Telinga asyik sumbat dengan lagu. Mana jiwa nak tenang.
Kalau di rumah mereka akan duduk dalam bilik masing masing dan bila saya nak ajak makan dan nak tanya sesuatu, saya terpaksa ketuk pintu bilik masing masing. Memang skit lah jari tua saya ni. Begitu juga bila nak suruh solat.
Kadang kadang tu saya jauh hati juga sebab ada masanya, mereka buat tak dengar aje bila saya panggil. Mereka akan cakap tak dengar, yang saya rasakan itu alasan sahaja.
Bila balik rumah, saya yang kerja seharian ni pulak yang kena basuh pinggan, kemas rumah, angkat baju. Mereka pula hanya duduk dalam bilik masing masing.
Ada sahaja sebab yang diberi, nak study lah, penat lah. Bagi saya anak anak sekarang tak pandai menggunakan masa.
Memanglah tak cukup masa. Bangun tido nya entah pkul berapa. Lepas tu budget lah sibuk nak buat itu, nak buat ini. Semuanya untuk diri sendiri. Bila malam pulak asyik main game sampai larut malam.
Saya luahkan ini agar anak anak yang lain janganlah asyik fikir lelah sendiri. Fikir lah mak ayah yang dah tua yang kudrat mereka tak sekuat nana pon. Hargailah jasa ibu bapa.
Kalau sekarang dah kuat dan bertenaga, jangan lupa, mereka yang menjagamu masa kamu kecil lagi.
Kesenangan dan kemewahan yang kamu kecapi tu dari kudrat orang tuamu. Banyak anak anak selalu confess ibu bapa tak faham mereka tapi pernah tak anak anal fikir nak faham ibu bapa.
Semoga anak anak saya sedar kesalahan mereka. Saya sentiasa maafkan mereka. Saya sentiasa doakan mereka.
Apa reaksi warganet
Ain Sufiah, puan kalau masakk takk yah ajak diorg makan..diorg nakk makan diorg kluar kalau x nak biarkan je..x payah tanya diorg nk makan ke takk..Kalau pasal rumah tuh mungkin puan boleh ambik pembantu yg datang bersihkan rumah setiap hujung minggu or hari2..takdelah puan penat sangat lepas balik kerja kena buat kerja rumah pula..Semoga puan kuat dan teruskan berdoa sbb doa ibu doa yg paling mustajab.
Ida Abdullah, Cabaran membesarkan anak2. Semua tertumpu dengan gajet dan berada dalam dunia masing2. Xboleh nak ditegur sikit. Mula la nak melenting dan pandai berhujah balas. Potong elaun anak2 yg kuat melawan dan pemalas. Jangan masak dan basuh baju mereka. Kalau mereka komplen, suruh mereka pindah keluar. Semoga dipermudahkan urusan puan.
Sharifah Amira, Sedihnya kesian mak penat kerja anak2 terbongkang je atas katil. Time lapar turun makan dah kenyang duduk bilik main phone sampai pagi. Puan banyakkan bonding time dgn anak2 walau anak2 dah besar sekali pun jgn berhenti nasihatkan anak. ajak la travel ke, buat family day ke, ajak anak sama2 buat dessert faveret dorang ke mana tau time tu boleh kembali harmoni.. doa banyak yaa puan.
Nurul Ain, X berani nk comment lebih2, sb xtau mcm mn nasib kita nt…
Tp betol la kata pepatah, melentur buluh biar dr rebungnya. Xkisah la org nk ckp kita x kesian kan anak ke ape, tp sy cuba utk biasakan anak2 utk sama2 buat keje rumah. Yg kakak 12thn tugas dia cuci pinggan, wat susu adik, mandikan adik.
Yg abang ni suka bab2 masak wpun umur bru 9thn, so tugas dia masak nasi, kemas umah. Pastu baju sekolah iron sdri. Slalu ckp kt diorg kalo rasa nk nmpk kemas, iron la elok2.
Biar ada rasa tanggungjwb. Tp hari2 ibu kna membebel jg. Tp tu la, kdg ibu bp dah suruh & dah didik elok2 dr kecik tp bila dah besar x menjadi jg. Risaunya takot nt bertuankan anak. Smga Allah permudahkan urusan kita semua.
Nuraz Wan, Sejak ank kecil, kita perlu terapkn dlm hati dn minda mereka, segala susah payah yg kita buat.. Jgn mmberi dgn diam, wlu itu digalakkn, bila kita bersedekah pd pihak lain.. Tp pd ank²,tunjukkn.. Bulan ni, gaji mak bnyak ni, beri kakk bnyak ni, angah bnyak ni. Dn yg lain² ,sekian²…
Bukn mngungkit, tp utk buat mereka sedar.. Sbb bnyk ank yg anggap pmberian ibubapa itu, mmg dh tggjwb parents, tp mereka lupa tggjwb mereka pula apa… Belajar agama juga x brkesan, klu tiada penghayatan.. Diluar sj dn tdk masuk dlm jiwa..
Puan ada cukup duit, hntarlh ank² yg masih bekesempatan ke kem² percutian yg memupuk sikp tggjwb dn prihatin pd mereka.
Laila Din, Risau saya dengar….sedih,marah macam macam….tahniah puan kerana menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.gitu lah puan,anak zaman millenium ni,gen z ni…byk dah komen…antara karakter depa katanya depa selfish hanya focus diri sendiri sahaja…kita ibubapa lah yg kena didik,walopun dah besar panjang,didik sampai ke liang kubur rasanya.cuba byk kan komunikasi dgn anok anok,bawa bersembang,nak panggil makan,tak perlu ketuk bilik,wassup ke je….
Cuba ubah gaaya hidup mungkin seminggu sekali ada solat berjemaah,setiap malam jumaat,baca bersama surah alkahfi…..saya pun sedang mencari teknik terbaik nak didik anak anak ni.
Mish Maira, Tak tau nak komen apa. Baca ni teringat mak mentua sy… Byk korbankan diri utk anak2.. sllu faham anak2 tanpa mengharapkan anak2 faham dia.. sgt penyabar, positif dan baik… Sllu dia pesan pd sy sabar, sabar, sabar.. tu akan menaikkan darjat kita di sisi Allah.. yg sy tahu, mak mentua sy tak henti doa dan sllu sangka baik pd anak2 dia.. dia anggap cacat cela anak2 tu satu ujian utk dia.. dan dia perlu sabar..
Semoga puan diberikan kesabaran utk didik anak2. Sy nak bg pendapat pun, sy ibu muda. Anak semua kecil² lg.
Anna Kirana, Anak2 ni kena latih dari kecik lagi untuk berdikari bantu kerja2 rumah jugak baik lelaki apatah lagi perempuan. Setakat basuh kain, sidai dan lipat, kemas rumah, kemas dan basuh pinggan mangkuk lepas makan.. Saya pnye 3 anak remaja sorang lelaki dua perempuan.
Zaman saya kecik lelaki jadi tuan, suma keje perempuan akan buat. Jadi saya nk ubah tu suma.. Anak2 suma akan dikejut solat subuh dan saya akan bising kalau mereka tido tinggi hari. Kalau pun tido lepas subuh ada hadnya tidak la smpai ke petang. Sidai kain pun saya ajar anak lelaki untuk sama2 bantu.. Berdisiplin mmg kami ajar dari mereka kecik2 lagi..
Alhamdulillah. Kami berdua keje, jadi mereka kena bantu suma org kena buat sama2.. Bila mereka meningkat besar senang kita tak payah nk suruh. Saya dpt rasakan anak2 puan dh biasa senang, mewah jadi mereka jadi lupa dan terbiasa.
Sebagai ibu kita kena jaga hati kita untuk tidak mendoakan anak2 yg takbaik walau skit mana hati kita…. Mintak dgn Allah semoga dilembutkan hati2 mereka.. Aamin
Maryam Khadijah, Saya takut perkara ini terjadi dalam hidup saya. Maka sedaya upaya saya ajar & ‘paksa’ anak² solat & mengaji sedari kecil. Sesibuk mana pun, saya tak nak anak² saya tinggalkan solat & mengaji. Tapi semua tu atas diri kita utk berikan contoh kepada anak² utk mereka ikut.
Tapi…saya tidak tahu apa akan jadi ketika mereka dewasa nanti. Boleh jadi mereka dah sebati dengan apa yang di ajar sewaktu kecil, namun tak mustahil mereka akan terpeng4ruh dengan dunia luar yang melalaikan walau didikan dah di berikan kepada mereka.
Semoga Allah tidak menjadikan anak² sebagai satu ujian yang berat buat saya. Saya sarankan tt juga banyak kan mengadu kepada Allah atas sikap anak² tt. Kerana Allah yang pegang hati kita.
Aina Khalika, Simpan dlm hati satu peringatan Allah swt…hati yang mengharap pada cinta manusia selalu mengecewakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan, Begitulah kehidupan dunia…anak kecewa dgn parents, parents pula kecewa dgn anak….
Tentang kerja2 rumah tu, anak2 puan kn dh besar, biar mereka pandai buat makan sendiri..perut yg lapar automatic akn pandai punya mcmna nk ‘adakan’ makanan…puan boleh utamakan perut puan dan suami saja…enjoy your life, makan aje di luar kalau x larat…itu salah satu cara mendidik.
Ida Mami, Puan. Saya rasa, anak2 Puan da dimanjakan dari kecil. Saya x pasti sama ada dari mereka kecik Puan da sediakan jadual kerja rumah utk setiap anak atau tidak. So dari kecik mereka da terdidik utk buat keje rumah tanpa di suruh. Yaa la.. Kita mak2 ni kadang bila anak kecik kita kesian nak suruh depa buat keje rumah.
Kadang saya pun mcm tu gak. Itu kesilapan kita paling besar Puan. Puan Kene cari masa jumpa semua anak Puan dan cuba luahkan apa yg Puan rasa. Kalau betul anak2 Puan sayang Puan, insyaallah depa akan bantu Puan dan luang kan masa untuk Puan serta mendengar kata lepas ni.
Satu je yg saya nak mohon dari Puan, apa pun sikap anak kita, sebagai mak jgn la sesekali kita doakan benda buruk utk mereka. Doakan yg baik2 senantiasa yaa. Anggap la mereka salah satu ujian dalam hidup Puan. Saya doakan Puan dipermudahkan urusan dan keluarga Puan dilimpahi rahmat Allah ta’ala. Aamiinn.