Umno umum bertanding semua kerusi di Terengganu

Oleh MHDAILY

Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak akan memberi peluang kepada Bersatu mahupun Pas, sebaliknya akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu menegaskan, tidak berlaku sebarang kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) bersama Pas di negeri itu, selain tidak menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN) untuk membolehkan parti itu mengalah kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurutnya, satu-satunya kerusi milik Bersatu iaitu Parlimen Hulu Terengganu adalah milik UMNO, sebelum Datuk Rosol Wahid melompat parti menyertai Bersatu.

Baca Artikel Penuh