Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin, menegaskan bahawa tidak menjadi kesalahan bagi ahli PAS di semua peringkat untuk memberikan sumbangan
Dalam bentuk ‘derma jihad’ kepada Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura, yang kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh tiga pemimpin DAP.
Menerusi laporan daripada FMT, Hashim menjelaskan bahawa amalan saling membantu telah menjadi budaya dalam PAS sebagai sebuah parti Islam.
“Iya, sepatutnya kita pakat tolong dia. Bagi saya, tak salah pun kalau nak bantu, bukan dipaksa,” katanya secara ringkas.
Sebelum ini, tular satu surat pekeliling yang dihantar kepada pimpinan dan ahli PAS,
memohon ‘derma jihad’ bagi membantu membayar saman fitnah yang dikenakan ke atas Siti Mastura, berjumlah RM825,000.
Surat tersebut turut menyebut bahawa jika saman tidak diselesaikan, plaintif berkemungkinan memulakan prosiding kebankrapan. I
ni boleh menyebabkan Siti Mastura kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat serta terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Kepala Batas.
Pada 4 Disember lalu, Siti Mastura kalah dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, dan Teresa Kok, susulan ucapannya yang mengaitkan mereka dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng
1 thought on “Ulama Pas pertahan kutipan derma kalah kes fitnah, ‘Sudah jadi amalan Pas’”