Assalamualaikum dan salam sejahtera.Hi.. Aku “budak baik, (BB)”. Aku guna nama ni sebab aku rasa aku ni baik sangat dekat “someone’s” yang aku anggap special dihati aku..
Aku BB, umur awal 30an. Yes aku independence woman.Alhamdulillah ada rumah, kereta dan saving sendiri..
Alhamdulillah rezeki aku.. Aku dah capai semua target aku di awal usia..
Aku pernah bertunang dan pernah putus tunang. Lama aku ambik masa untuk pulih dari rasa sedeh aku. Aku tukar semua rasa sedih dan pilih untuk kejar semua impian aku..
Dah selepas 4 tahun berlalu, aku buka hati aku untuk mencari “someone’s” untuk mengisi hati ini.
Aku niat nak mencari dan aku tak nak bercinta. Aku nak bercinta lepas nikah..
Alhamdulillah bulan 1/2022 kami berkenalan, bulan 3/2022 kami bertunang. Cuma yang paling mengejutkan aku. Rupanya tunang aku berstatus, “suami orang”
Tapi, aku bukan perampas ye. Sebab dia dan family dia dah bagitahu, yang wife dia dah setahun tinggalkan rumah.
Dia nak ceraikan wife dia, tapi dia perlu ada supporter. Sebab tuh dia mencari dan mengaku duda. Bila dah dapat aku.. Dia cerraikan wife dia..
Alhamdulillah urusan dimudahkan sebab wife dia memang nak bercerrai. Sekarang dalam tempoh eddah. Plan nya kami nak Kahwin selepas habis tempoh eddah.
Cuma yang menjadi masalah nya sekarang.. “en. Tunang”. “En. Tunang” aku yang ambik masa terlalu lama untuk berehat.. Tak kerja, dan keep mintak duit belanja dengan aku..
Dulu dia kerja.. Lepas bercerrai. Dia jatuh sakit. Mulanya aku faham, sebab dia sakit.. Ye aku nampak dia sakit..
Tapi, sekarang, aku mula sangsi. Dia duduk berkurung dekat rumah, tak nak jumpa orang. Sebab aku penat kerja sorang sorang nak kumpul duit sorang sorang..
Setiap kali aku push pasal kerja.. Mesti gaduh… Sebab dia cakap aku tak faham yang dia nak masa untuk tempoh bertenang…
Aku pernah tanya. Kalau dia nak get back dengan ex-wife dia aku rela undur diri..
Tapi, dia cakap, dia tak kan balik dengan wife dia. Dia cakap cukup lah apa yang dia pernah lalui sebelum ni.
Gais… Aku nampak dia sayang aku. Aku nampak dia care. Family dia pun baik dengan aku.. Mak ayah dia pun bising pasal dia tak kerja..
Tapi masalah nya.. Dia keras hati.. Tetap nak tempoh berehat.. Dah dekat 3 bulan dah dia berehat…
Aku dan mak ayah dia dah penat bising. Bila kami bising dia cakap, semua orang tak faham dia, dia perlu masa. Dia nak tempoh bertenang..
Tempoh bertenang dia menggangu aku. Sebab keep pinjam duit aku untuk belanja dia.. Sampaikan aku terpaksa meminjam untuk bagi duit dekat dia.
Sekarang aku dah slow slow stop kan salur duit kat dia. Sebab bagi aku dia lelaki.. Dia kena cari duit sendiri. Bukan aku yang kene tanggung dia..
Dia cakap dia nak kerja. Tapi nak masa sampai habis bulan ni. Dan aku berharap ini bulan terakhir dia berehat.
Kalau dia teruskan “tempoh berehat” dia.. Mungkin bukan jodoh aku dengan dia… Doakan kami ye.. Andai ada jodoh kami..
Insya Allah, Allah akan mudahkan.. Andai kami tiada jodoh.. Tolong doakan aku kuat untuk terima..
Seriously, masa aku buka hati untuk terima “someone’s” aku berharap “someone’s” yang aku terima tuh jodoh aku.
Sebab aku rasa tak kuat, untuk putus tunang lagi.. Andai dugaan putus tunang terjadi lagi…
Mungkin.. Ni kali terakhir aku buka hati aku untuk lelaki..
Untuk en. Tunang, saya tahu awak takde perempuan lain, saya tahu awak sakit. Tapi, bukan itu alasan untuk keep berehat tampa buat apa apa.
Main game dan tengok video untuk hilangkan stress?! Kalau betul awak nak berehat, jauhkan game.. Jauhkan telephone.. Rehat lah.
Saya dah penat, tak tahu sampai bila saya bertahan dengan sikap awak yang macam ni..
Part lain awak bagus sayang. Tapi part tak kerja. Tu je masalah awak sekarang… Banyak saya plan kerja untuk awak.. semua awak tolak..
Dan sekarang awak fikir lah yang terbaik untuk awak. Kalau sayang kan hubungan ini tolong berusaha untuk “halalkan” saya…
Terima kasih untuk semua yang membaca.
Aku harapkan doa kalian.. Andai benar dia adalah jodoh yang terbaik untuk aku dari sisi-NYA.
Mudahkan urusan kami untuk menghalalkan hubungan ini. Semoga hubungan ini sampai ke jannah.
Dan andai dia bukan jodoh yang terbaik dari sisi-NYA untuk aku… Redha kan hati aku dengan ketentuan-MU Ya Allah.. aamiin..
Aku – Budak baik yang cuma teringin nak menjadi seorang bidadari buat sang suami di syurga.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio