Tun M tetap tolak belanjawan

Oleh MHDAILY

Kita telah melihat betapa mengecewakan proses perbahasan Belanjawan berjalan beberapa hari kebelakangan. Selain dari perbahasan yang terhad, tidak ada sebarang tanda dipihak Kerajaan untuk mendengar atau menerima pandangan yang telah diajukan oleh ahli-ahli parlimen mahupun kritikan rakyat yang boleh kita dengar rintihan mereka melalui laman-laman media sosial dan juga pemimpin-pemimpin masyarakat.

Sebaliknya, pihak Kerajaan bertindak mengugut ahli-ahli Parlimen dengan naratif bahawa jika Belanjawan 2021 tertolak maka gaji, elaun dan pencen penjawat awam dan “frontliners” tidak dapat dibayar. Selain itu, ugutan juga menjurus kepada cubaan menimbul rasa kurang senang dikalangan rakyat bahawa jika Belanjawan tidak lulus maka bantuan-bantuan kewangan tidak akan sampai kepada rakyat yang amat memerlukannya pada ketika ini.

Saya telah terangkan sebelum ini bahawa jika Belanjawan tidak lulus ia tidak akan menghalang penyaluran gaji, pencen dan elaun penjawat awam dan “frontliners”. Begitu juga dengan bantuan kewangan untuk keperluan rakyat tidak akan terjejas.

Baca Artikel Penuh