Tumbangnya Turki Uthmaniyyah, ini kisah bagaimana pegawai British jadi punca perpecahan

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Tumbangnya Turki Uthmaniyyah, ini kisah bagaimana pegawai British jadi punca perpecahan

Korang pernah tengok movie Lawrence of Arabia tak? Kalau ikutkan sinopsis kat IMDB,

ia adalah “Kisah T.E. Lawrence, pegawai British yang berjaya menyatukan serta memimpin puak-puak Arab yang selalu berperang melawan Turki pada Perang Dunia Pertama.”

Tumbangnya Turki Uthmaniyyah, ini kisah bagaimana pegawai British jadi punca perpecahan

Amboih biasalah filem Hollywood,orang Arab jugak yang nampak macam tak tentu arah.

Tapi sejauh manakah kebenarannya? Jom kita tengok, bermula dengan hidup awal Lawrence…

Sejak kecik lagi T.E. Lawrence ni minat betul dengan sejarah, siap pernah pergi Syria dan berjalan beribu batu untuk melawat gereja-gereja lama. Lepas graduate dia terus jadi seorang ahli arkeologi dan oleh kerana dia ni memang geek pasal semua benda yang berkaitan dengan Arab, Lawrence kembali bekerja di Timur Tengah.

Selepas 4 tahun, Lawrence pulang ke England ketika Perang Dunia Pertama meletus. Dia join tentera British yang merupakan sebahagian daripada Tentera Bersekutu (Great Britain, Perancis, Rusia, Itali dan Jepun) melawan Kuasa-kuasa Pusat (German, Austria-Hungary, dan Turki Uthmaniyyah).

Oleh kerana Lawrence memang arif dalam perkara yang berkaitan dengan dunia Arab, dia ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan kemudiannya terlibat dalam Pemberontakan Arab, di mana orang Arab ingin bebas daripada kerajaan Turki Uthmaniyyah dan membentuk sebuah negara Arab bersatu.

Kejap… kenapa orang Arab ingin bebas dari kerajaan Turki Uthmaniyyah?

Semenjak rampasan kuasa di Turki pada tahun 1908, kerajaan Turki Uthmaniyyah yang dulunya bertolak ansur dengan pelbagai kaum semakin lama semakin sekular dan kurang toleransi terhadap bangsa selain Turki. Orang Arab selalu berhadapan dengan hukuman, malah bahasa Arab sendiri diharamkan daripada digunakan di sekolah. Faktor-faktor inilah menyebabkan adanya kumpulan nasionalis Arab yang mula memberontak.

Oleh kerana Great Britain dan Turki Uthmaniyyah berada dalam pihak yang berlawanan, British ambil kesempatan untuk menggunakan semangat nasionalisma ni bagi menentang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Macam mana tu? British dan pemberontak Arab menandatangani Perjanjian McMahon-Hussein yang menjanjikan kemerdekaan asalkan kumpulan pemberontak ni menentang kerajaan Turki.

Jadi, berbalik kepada Lawrence tadi…

Bukan ini istilah ‘masuk line’ yang kami maksudkan, tapi sama je bahayanya.
Datuk bandar Mekah waktu tu adalah Shariff Hussein. Dia bimbang akan dipecat oleh Sultan Turki, pada masa yang sama ingin memerintah Hejaz (bahagian arab Semenanjung Arab). Oleh kerana Shariff ini berasal dari Bani Hashim (keturunan Rasulullah), dia jadi calon utama British untuk memimpin Pemberontakan Arab.

Jadi pihak British pun mula ‘menggalakkan’ Shariff Hussein untuk memberontak, menjanjikan wang, senjata, kapal, dan angkatan tentera. Masalahnya, Shariff Hussein ni tak berminat pun dengan semangat nasionalisma Arab. Motif dia nak jadi raja je, bukannya nak menjaga identiti, budaya, dan sastera Arab.

Oleh kerana Shariff Hussein ni tadi tak boleh pakai, Lawrence mula berbaik-baik dengan anak dia iaitu Amer Feisal, dan sekejap je dua orang ni jadi bestfriend. So bila dah ada pengganti, kerajaan British pun mula pam duit ke pemberontak Arab. Feisal telah mengetuai pasukan di kawasan utara dengan Lawrence sebagai pembantu.

Oleh kerana perhubungan Lawrence dan Feisal begitu akrab, tentera pemberontak ni pun mudah untuk terima nasihat Lawrence. So bila Lawrence dah dapat manpower yang cukup, tibalah masa untuk mereka mulakan serangan…

Lawrence menggunakan taktik gerila untuk berhadapan tentera Turki yang jauh lebih kuat

Kerajaan Turki Uthmaniyyah masa tu sangatlah kuat kerana mereka mempunyai askar yang ramai dan teknologi yang canggih. Malah tentera Turki sentiasa mendapat bekalan ketenteraan yang mencukupi melalui kereta api manakala Lawrence dan geng ada unta dan kuda bersenjatakan senapang dan pedang je.

So British menghantar bantuan tambahan seperti senjata baru, askar Gurkha dan tentera Mesir. Objektif asal Lawrence adalah untuk mengacau formasi tentera Turki Uthmaniyyah supaya mereka tak dapat berfungsi dengan sempurna.

Walaupun dapat bantuan dari British, pihak pemberontak masih tak mampu nak lawan depan-depan dengan tentera Turki Uthmaniyyah. Jadi Lawrence telah merancang taktik gerila seperti meletupkan landasan kereta api, jambatan, menara air, dan tiang telefon bagi menyukarkan pihak Turki Uthmaniyyah untuk berkumpul dan menyerang. Dan pada masa yang sama tentera Turki Uthmaniyyah terpaksa berpecah antara satu sama lain untuk jaga kawasan yang selalu kena serang.

ottoman-trains
Antara jenis kereta api Turki Uthmaniyyah yang sering menjadi mangsa Lawrence dan pemberontak Arab. Gambar dari Pinterest.com
Pemberontak dan Lawrence mempunyai taktik tersendiri iaitu memecahkannya kepada kumpulan yang kecil (100 hingga 200 orang) bagi memudahkan mereka bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa memerlukan bantuan logistik. Selain itu, Lawrence juga telah memilih khemah tentera Turki Uthmaniyyah yang berjauhan dan asing sebagai pangkalan serangannya.

Sepanjang operasi pemberontakkan kat Arab ni, Lawrence dan Feisal berjaya menguasai hampir kesemua kawasan Barat semenanjung Arab termasuk Ta’if, Yanbu, Mekah, dan Aqaba. Satu-satunya kawasan yang mereka tak ambil adalah Madinah kerana mereka sedar taktik gerila tak menjadi kat situ. Tapi sekali sekala mereka akan serang jugaklah Madinah untuk pastikan musuh tak keluar dari situ.

slow-attack
“Harini kita pukul manja je ye guys”. Imej dari Giphy.com
Tindakan Lawrence untuk jadikan pemberontak Arab sebagai pasukan gerila telah mendapat persetujuan General Allenby yang merupakan ketua tentera British di Timur Tengah. Tapi tak semua bersetuju dengan taktik ni. Malah beberapa ketua pemberontak telah menyatakan hasrat mereka untuk membuat tentera yang formal dan bukannya pasukan gerila. Tapi Lawrence telah buktikan bahawa perang gerila adalah cara terbaik untuk mengalahkan tentera Turki Uthmaniyyah.

Tapi dalam kekalutan perang tu, rupa-rupanya ada yang lagi jahat sebab..

Setelah berjuang, orang Arab (dan Lawrence) dikhianati oleh pihak Barat

Masa Lawrence, Feisal, dan pemberontak Arab sedang sibuk berperang, ada dua orang ahli politik (Sykes dari British dan Picot dari Perancis) sibuk berbincang tentang habuan perang secara rahsia. Mereka telah menulis satu perjanjian di untuk bahagikan tanah yang telah di ambil dari kerajaan Turki Uthmaniyyah dan ia telah mendapat persetujuan dari Russia yang juga merupakan saksi.

Bertentangan dengan apa yang dijanjiikan, Sykes dan Picot telah mencipta beberapa negara baru seperti Syria, Jordan dan Iran. Mesopotamia pula telah diberi nama baru iaitu Iraq manakala Palestin telah diletakkan di bawah penjagaan sejagat antara British, Perancis, dan Rusia.

Apa yang mendatangkan kemarahan adalah, negara baru yang ditubuhkan ni telah dilakar tanpa menghiraukan budaya etnik tempatan. Secara ringkasnya, Sykes dan Picot dengan selambanya lukis satu garisan kat atas peta pastu kata tu adalah negara mereka punya. Manakala orang Arab pula dibiarkan begitu je tanpa apa-apa pengiktirafan.

Masa hari-hari terakhir Perang Dunia Pertama, nama Lawrence telah melonjak ke pentas selebriti dan dia telah menggunakan populariti tersebut untuk memperjuangkan penubuhan negara Arab. Salah satu usaha dia adalah temukan Feisal dengan Chaim Weizmann yang merupakan seorang aktivis Yahudi. Ini kononnya nak menunjukkan kat negara Barat bahawa orang Timur Tengah sudah cukup matang untuk memimpin negara mereka sendiri.

Perjanjian yang menguntungkan pihak Eropah berbanding orang Timur Tengah ni telah membuatkan Lawrence berasa kecewa dan sedih. Malah dia sanggup menolak pingat Knighthood (yang membawa gelaran Sir) oleh Raja George V sebagai tanda protes. Dan bukan Lawrence je, pemimpin Rusia (yang ambil alih pada tahun 1917) turut mengkritik tindakan British dan Perancis. Presiden Amerika Syarikat pun turut mengeluarkan sentimen anti-koloni dan berpihak kepada orang Arab.

Semangat setia kawan Lawrence lepas perang
Bila tentera Turki Uthmaniyyah tumbang, Lawrence menjelajah Eropah dan Timur Tengah bagi memastikan Feisal dan adik-beradik dia diberi balasan yang setimpal atas usaha mereka sewaktu Perang Dunia Pertama.

Usaha Lawrence berjaya bila kerajaan British akhirnya akur kepada tuntutan pejuang-pejuang Arab dan mengatur meeting kat Kaherah, Mesir yang dihadiri beberapa orang penting seperti Lawrence, Feisal, Abdullah (Abang Feisal), dan Winston Churchill.

Lepas meeting, Feisal telah ditabalkan sebagai Raja Iraq pertama manakala Abdullah telah menjadi Raja Jordan (sampai sekarang keluarga dia masih memerintah). Manakala abang sulung, Ali, telah menjadi Raja Arab sebelum digulingkan oleh keluarga Saud beberapa tahun kemudian. Lawrence sangat berpuas hati dan dia pula meneruskan kerjayanya sebagai seorang askar untuk cawangan tentera udara dan darat.

Tapi akhirnya, dia hanya menjadi seorang mekanik je sebab nak lari dari status selebriti. Namun pada tahun 1935, dia telah berpindah ke Clouds Hill, Dorset bagi meluangkan masanya bersama sukan permotoran dan meninggal dunia pada tahun yang sama.

Usaha seorang strategis yang akhirnya dipergunakan oleh kuasa-kuasa besar

Lawrence tolong orang Arab menentang kerajaan Turki Uthmaniyyah yang baru sebab dia percaya bahawa semenanjung Arab milik orang Arab. Malah strategi Lawrence dalam perang gerila masih dirujuk sehingga ke hari ini.

Tapi sayang, akhirnya Lawrence adalah hanya satu lagi catur yang digunakan oleh kuasa-kuasa besar bagi tujuan politik. Kesan dari wilayah yang dibahagikan oleh Perjanjian Sykes-Picot, kerajaan British dan Perancis dikatakan antara punca utama pergolakan berpanjangan di Timur Tengah dimana kesannya sampai boleh dilihat hari ini, seperti perang saudara di Iraq dan Syria,

BACA: Sebenarnya boleh ke orang islam makan di restoran ada label ‘no pork’?