Tular wanita guna produk penyembur untuk bayi tidur, “senang mak-mak lepas ni..” Tindakan seorang wanita yang menyembur produk semburan tidur untuk anaknya tular setelah menerima pelbagai reaksi dari netizen di media sosial.
Setakat petang ini, video rakaman tersebut telah ditonton oleh 2.2 juta pengguna dan menerima lebih 4,000 komen di TikTok.
Dipercayai, produk penyembur tersebut merupakan produk bayi yang direka khas daripada bahan semula jadi keluaran Malaysia yang dapat membantu memudahkan bayi tidur seawal tiga minit.
Menurut wanita itu, selain dapat membantu bayi mendapatkan tidur yang lena ia turut membantu bayi mendapatkan tidur yang berkualiti.
Dalam pada itu, produk penyembur tidur itu berjaya mencuri tumpuan ramai dan pada masa sama, rata-ratanya mempersoal tentang keberkesanan produk tersebut.
“Tak bahaya ke produk ini?,” soal seorang pengguna.
“Ada tak penyembur untuk senang bangun awal sebab saya susah nak bangun awal pagi,” seloroh Jo.
“Jangan beli produk ini untuk kegunaan benda lain. Nanti tak pasal-pasal semua kena culik. Bahaya,” tulis seorang lagi pengguna.
BACA:
“Nampak gelek dekat Tiktok okay je..”, orang ramai persoal isteri Caprice kena sihir