Tular video panas anak, akhirnya Ridhuan Tee bersuara

Oleh MHDAILY

Tular video panas anak, akhirnya Ridhuan tee bersuara. Pendakwah dan penceramah bebas, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah akan terus bersuara menjalankan tugas menegur pihak yang melakukan kesalahan walaupun anaknya yang juga pelakon, Syafie Tee terpalit dengan kontroversi panas.

Ini berikutan video Syafi berpelukan dan mencium seorang wanita tular di TikTok, baru-baru ini.

Dalam video berdurasi 26 saat itu, individu mirip Syafi itu dilihat berpelukan dengan wanita yang kemudian mengucupnya di bibir.

Video aksi mesra mereka itu dimuat naik dari Instagram wanita terbabit dengan keterangan ‘my memory syafitee’.

Ridhuan berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat mengenai dia dan anaknya.

“Sehari dua ini heboh dan viral habis cerita anak saya dan dibabitkan dengan saya. Maaf, atas kesibukan tugas seharian. Saya tidak dapat memberikan kenyataan dengan pantas.

“Saya bersyukur dan berterima kasih kerana ramai yang mengambil berat. Ramai yang sayang saya dan keluarga saya. Kepada yang bersama saya, memberikan nasihat, menegur cara baik, moga Allah merahmatimu. Kepada yang bertepuk tangan dan bergembira, terima kasih juga seadanya.

Tular video panas anak, akhirnya Ridhuan tee bersuara

Tular video panas anak, akhirnya Ridhuan tee bersuara

“Saya akan terus menjalankan tanggungjawab amar makruf nahi mungkar walaupun ia berlaku kepada anak sendiri. Umat Islam hari ini terutama anak-anak Melayu Islam kita perlu diselamatkan walaupun yang terpaksa diselamatkan itu anak sendiri,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Ridhuan berharap ujian yang menimpanya juga menjadi pengajaran buat semua pihak.

“Benar sekali, Iman tidak dapat diwarisi. Tidak dapat dijual beli. Moga semua ini tidak terjadi kepada kalian semua. Ya, saya akui saya ada kelemahan. Saya tidak sempurna. Sedangkan Nabi Nuh pun tidak mampu untuk menyelamatkan anaknya, inilah pula diri saya, hamba Allah yang hina-dina ini.

“Saya sudah melakukan yang terbaik untuk semua anak saya seramai enam orang. Begitu juga saudara mara saya. Selebihnya saya berserah dan pasrah,” katanya.

Ridhuan berkata, Syafi memang meminati bidang seni sebaik dia tamat belajar.

Katanya, sebagai bapa, dia sudah menasihati Syafi mengenai bidang yang dipilihnya itu.

“Saya juga menceburi bidang seni sejak memeluk Islam lebih 30 tahun lalu. Cuma bezanya seni saya adalah seni artis ilmuan, manakala anak memilih seni hiburan.

“Ujian datang dan pergi. Semakin kita diuji, kita menjadi semakin kuat, bukan semakin lemah. Jangan kerana ujian ini, menjadikan kita kecewa dan alpa akan tanggungjawab kita sebenarnya,” katanya.

Syafi yang memulakan kerjaya lakonan pada 2019 dikenali menerusi beberapa drama bersiri antaranya Hadiah Dari Tuhan, Romantika 4 Hari 3 Malam, Misteri Mona, Jangan Ganggu Jodohku dan Budak Intern

BACA:

SU Agung Umno sahkan Tengku Zafrul ahli Umno sebelum jadi menteri lagi

Ustaz Kazim buang make-up ‘live’ di Meletop nak tunjuk muka sebenar

Sesak di jambatan Pulau Pinang punca ramai graduan konvo USM terkandas

Leave a Comment