Tular video kanak-kanak ambil tugas bapa azankan adik baru lahir bikin netizen tersentuh

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Sebuah video menyentuh hati telah tular di media sosial Indonesia, memaparkan

seorang kanak-kanak lelaki mengazankan adiknya yang baru dilahirkan, lapor Tribunnews.

Peristiwa itu berlaku pada 11 November lalu di sebuah hospital di Cilacap, wilayah Jawa Tengah.

Video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna akaun @byan.arshak menunjukkan

kanak-kanak tersebut melaungkan azan di telinga kanan bayi itu.

Tular video kanak-kanak ambil tugas bapa azankan adik baru lahir bikin netizen tersentuh

Walaupun suaranya terdengar sedikit gementar, dia tetap melengkapkan azan dengan penuh tekad sebelum melafazkan iqamah di telinga kiri.

@byan.arshaka 23092024 ❤️ lahir anak ke 3 semoga sll dalam lindungan Alloh #babyboy #sionagakayu2024 #babylove ♬ suara asli – Byan Arshaka


Tindakan itu dilakukan kerana bapa mereka bekerja jauh dan tidak dapat berada di sisi keluarga pada saat kelahiran tersebut.

Video berkenaan telah menarik perhatian ramai, mencatat lebih 697,300 tontonan dan menerima 17,100 tanda suka.

“Anak ini sungguh hebat dan soleh!” puji seorang netizen.

“Saya yang hanya menonton video ini pun turut menangis,” kata seorang lagi pengguna.

BACA: Menteri Komunikasi dedah YTL syarikat telekomunikasi yang paling lemah, ini sebabnya