Tular video gadis seksi buat aksi ghairah semasa sambutan patriotik

Oleh MHDAILY

Tular video gadis seksi buat aksi ghairah semasa sambutan patriotik. Sebuah video tular di media sosial Indonesia menerima kecaman ramai kerana memaparkan aksi seorang wanita seksi sedang bergelek di atas sebuah meja ketika acara sambutan Hari Pembentukan Wilayah Riau ke-65, lapor laman berita Detik hari ini.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan berjoget sambil menyanyi dalam acara Kejohanan Golf Gabenor Riau Cup XXX yang merupakan sebahagian daripada majlis sambutan pembentukan wilayah tersebut.

Ketika menyanyi di atas meja, wanita berkenaan diperhatikan oleh sebilangan penonton lelaki sehingga ada yang cuba merakam gambar penyanyi itu dari bahagian bawah skirtnya.

Menurut penganalisis sosial Universiti Riau, M. Rawa El Amady, aksi tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana sambutan seperti itu seharusnya diisi dengan aktiviti bermanfaat.

“Ulang tahun Riau adalah waktu untuk pemerintah wilayah menambah baik diri dan meningkatkan perkhidmatan kepada masyarakat.

Tular video gadis seksi buat aksi ghairah semasa sambutan patriotik

“Kejadian ini jelas menunjukkan kerosakan moral dalam budaya Melayu,” katanya.

Hari pembentukan wilayah Riau disambut pada 9 Ogos lalu, di mana wilayah itu kini berusia 65 tahun.

BACA:

Netizen tanya Aina Abdul, ‘baju ke plastik sampah tu?’

Duit CIMB hilang: Ini 3 cara yang perlu anda elak

Zaid Ibrahim mahu SPRM dan AGC dedah hasil siasatan terhadap Hakim Nazlan