Tular tulisan doktor lelaki cantik dan kemas atas kertas preskripsi. Seorang doktor di India menjadi tular apabila tulisannya yang kemas dan senang dibaca pada sekeping kertas preskripsi dimuat naik di media sosial, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Pegawai perubatan dikenali sebagai Dr. Nitin Narayanan itu berasal dari negeri Kerala dan tulisannya itu mengubah stigma bahawa semua tulisan doktor adalah seperti kod rahsia serta hanya difahami oleh pegawai farmasi.
Foto itu menjadi popular selepas ia dikongsi minggu lalu oleh Bency SD di Facebook, yang mengatakan bahawa doktor itu bekerja sebagai pakar kanak-kanak di Pusat Kesihatan Komuniti (CHC) di Palakkad.
Nitin menulis preskripsi ubat dalam huruf besar yang menjadikan ia sangat mudah dibaca.
“Saya menulis semua preskripsi pesakit saya dalam huruf besar. Doktor lain menulis dengan tulisan yang tidak boleh dibaca kerana mungkin mereka sibuk.
“Saya cuba sedaya upaya untuk menulis preskripsi dengan mudah walaupun saya sibuk kerana pesakit sering menghargai jika mereka faham ubat apa yang mereka terima,” jelas Nitin.
BACA:
Wanita salah makan ganja ketika bercuti di Thailand, “ingatkan kangkung”
Peniaga menangis ada yang kata nasi lemak lauk daging RM5 mahal