Tular pulau persendirian di Langkawi untuk dijual, ini komisen ejen yang ramai tak tahu

Oleh MHDAILY

Sebuah pulau persendirian yang terletak berhampiran Pulau Langkawi menarik perhatian ramai selepas dilaporkan bakal dijual dengan harga melebihi RM9 juta, menurut laporan Sinar Harian.

Difahamkan, video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok, Tuan Faizul Hartanah, telah menjadi tular sejak Isnin lalu.

Menurut perunding tanah tersebut, pulau yang dikenali sebagai Pulau Jemurok di Ayer Hangat dijual mengikut nilai setiap kaki persegi dengan harga RM49.50.

Namun begitu, hanya sebahagian daripada pulau persendirian itu yang akan dijual, dengan anggaran harga keseluruhan melebihi RM9 juta.

“Di pulau tersebut, terdapat tiga lot tanah persendirian, dan hanya sebahagian pulau seluas 1.695 hektar yang ingin dijual.

Tular pulau persendirian di Langkawi untuk dijual, ini komisen ejen yang ramai tak tahu

Pemilik memang berniat untuk menjual sebahagian pulau yang merupakan tanah persendirian miliknya,” katanya kepada pemberita.

Tuan Faizul turut memaklumkan bahawa pulau berstatus tanah rizab Melayu itu terletak berhampiran Mangrove Langkawi Geopark.

“Perjalanan dari Jeti Kubang Badak ke pulau tersebut hanya mengambil masa antara 5 hingga 7 minit dengan menaiki bot,” tambahnya.

Menurutnya, pulau itu sangat sesuai dijadikan resort mewah atau pelaburan bergantung kepada minat pembeli.

Apabila ditanya mengapa video pulau persendirian di Langkawi itu tular, Faizul daripada syarikat perunding hartanah Chester berpendapat ia mungkin disebabkan oleh harga jualannya.

“Namun, mungkin ada yang tidak menyedari bahawa harga RM49.50 itu adalah nilai per kaki persegi, bukan harga keseluruhan pulau. Ramai yang terkejut dan beranggapan bahawa seluruh pulau dijual dengan harga RM49.50, menyebabkan ia menjadi tular,” jelasnya lagi.

Faizul turut menyatakan bahawa ini adalah kali pertama dia menjual hartanah berbentuk pulau persendirian sepanjang empat tahun menceburi bidang tersebut.

Fi ejen hartanah ni bergantung kepada jenis hartanah yang anda nak jual.

Untuk tanah dan bangunan, ejen hartanah boleh kenakan fi sehingga 3% dari harga jual.

Sebagai contoh, jika rumah berharga RM100,000 dan kadar komisen ialah 3%, jumlah amaun anda kena bayar adalah sebanyak RM3,000.

Kalau anda perasan, komisen ejen hartanah tu tak semestinya 3%. Ianya sehingga 3%.

Maksudnya anda boleh bincang dengan ejen untuk dapatkan kadar yang lebih rendah.

BACA: Timbul cadangan letak rokok di bahagian tidak halal bersama arak dan babi, ini komen Mufti Kelantan