Tular nasi kandar lauk ayam harga RM30. Tular lagi sekeping resit tertera harga RM30.20 bagi hidangan sebungkus nasi kandar berlauk ayam, dua ketul sotong bersaiz kecil dan separuh telur masin yang dikongsi pengguna ketika di sebuah restoran dipercayai di negeri ini semalam.
Melalui dua keping gambar yang dikongsi di laman Facebook Penang Press itu, harga yang dikenakan pelanggan tersebut termasuklah tiga keping papadom bernilai RM2, cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan amaun digenapkan.
Bagaimanapun, harga yang dipaparkan pada sekeping resit yang dikaburkan nama restoran itu hanya sekadar menyenarai ringkas lauk yang dibeli sebagai nasi campur.
Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dengan rata-ratanya mendakwa harga yang dikenakan restoran berkenaan dianggap berbaloi dengan lauk yang diambil.
“Lain kali nak ambik lauk tanya harga lu (dulu)..kalau berbaloi baru ambil..nak malu apa aiihh…,” kata Lina Anip.
Sementara itu, Fadzli Zul pula berkata: Mesti salah kira ni, tidak apa nanti bos kedai call (telefon) dia balik. Jangan risau”.
Pada 24 Mei lalu, Kosmo! Online melaporkan seorang pengguna berkongsi harga mengenai sepinggan nasi kandar berlaukkan seketul ayam goreng dan telur masin di sebuah restoran nasi kandar di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas di sini iaitu RM27.
Sehari kemudian, pengguna media sosial dipercayai pelanggan sebuah restoran berkenaan tampil menjelaskan mengenai kesilapan juruwang berhubung harga nasi kandar berharga RM27 sepinggan sebaliknya berharga RM13.30.
BACA:
Terpotong alat sulit ketika sunat, kerajaan Malaysia kena bayar pemuda ini RM3.1 Juta
Manfaat Bunga Raya yang ramai tak tahu, boleh turunkan berat badan