Tular MK kahwin dengan anak hartawan terkenal. Penyanyi rap yang kini bergelar pelakon, MK K-Clique kini sedang dilamun cinta selepas berani memuat naik gambar bersama seorang gadis cantik, baru-baru ini.
Menerusi kapsyen, ‘saya sayang awak’ dalam Instagram (IG), ramai peminat yang menggilainya mula patah hati.
Lebih membuatkan peminat kecewa apabila penyanyi berusia 26 tahun itu dilihat memimpin tangan kekasihnya, selain tampil berpakaian sedondon warna hitam ketika menghadiri rumah terbuka di sebuah dewan, baru-baru ini.
Bagaimanapun, MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan terus berteka-teki gerangan wanita yang menjadi pencuri hatinya itu.
“Apa yang boleh saya cakap, hantaran yang dimuat naik sebagai satu penghargaan.
“Ia hanyalah hantaran untuk saya menghargai seseorang. Saya juga akan mempelbagaikan foto yang akan dimuat naik seperti gambar bersama keluarga dan rakan,” katanya sambil terus meninggalkan tanda tanya.
MK yang ditemui pada Malam Gala dan Pratonton filem Rompak, baru-baru ini enggan mendedahkan identiti kekasihnya itu.
Tambah MK, dia mahu berkongsi kehidupan peribadi buat tatapan peminat tersayang.
“IG saya sudah terlalu banyak hantaran mengenai kerja, jadi saya rasa mahu berkongsi mengenai kehidupan peribadi pula.
“Saya percaya pengikut IG pasti ingin mengetahui serba sedikit mengenai kehidupan peribadi saya.
“Jadi, saya mendedikasikan hantaran ini agar orang tahu siapa yang saya hargai. Jadi, saya mahu peminat anggap gadis berkenaan sebagai insan yang saya hargai, itu sahaja,” katanya kepada BH Online.
Sementara itu, terus dihambat kisah sensasi apabila didakwa sudah berkahwin, MK menafikannya.
Sebelum ini, kisah berkahwin hangat diperkatakan hingga wujud dakwaan MK cuba menyembunyikan perkara sebenar.
MK menegaskan, dakwaan sudah berkahwin hanyalah spekulasi.
Tanpa berselindung, drama The Hotel dan Oh My Hantaran kini dalam proses memperbaiki diri ke arah lebih baik.
“Perkara begini perlu dijelaskan, saya belum berkahwin. Saya masih dalam fasa memperbaiki dan mengenali diri.
“Adakah saya mampu menuju ke fasa perkahwinan selagi belum bersedia? Adakah saya mampu untuk membina keluarga dan membimbing isteri?
“Saya masih dalam proses belajar sebab saya rasa anda pun tahu saya macam mana.
“Saya akui pandemik COVID-19 banyak membawa kesan positif kepada saya,” katanya.
Terdahulu, gadis bernama Hajar Siti yang didakwa sebagai kekasih MK mendapat perhatian dan menjadi carian paling popular dalam laman Facebook.
Ada yang mendakwa gadis berkenaan daripada keluarga ternama yang berasal dari Kuantan, Pahang.
BACA:
Pakar perjelas jenis ron petrol yang sesuai ikut model kereta
Apa dah jadi, Elon Musk tak jadi pula beli Twitter
Tular wanita guna produk penyembur untuk bayi tidur, “senang mak-mak lepas ni..”