Tular aksi budak main gelongsor tanah lumpur, geng kampung zaman dulu mesti teringat.
Kebanyakan kanak-kanak pada zaman sekarang lebih memilih untuk bermain permainan video dan melayari media sosial pada masa lapang.
Tidak seperti pada zaman dahulu, rata-ratanya bermain di luar rumah bersama rakan-rakan.
Baru-baru ini, tular sebuah video tular di medial sosial yang memperlihatkan sekumpulan kanak-kanak bermain gelongsor.
Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai adalah gelongsor itu direka pada tanah berlumpur di dalam sebuah hutan.
Menerusi video berdurasi selama 13 saat itu, kanak-kanak tersebut dilihat bergilir-gilir bermain gelongsor buatan itu. Turut kelihatan pakaian mereka semua kotor dengan lumpur dan tanah. Kejadian difahamkan berlaku di Indonesia.
Video ini ternyata tular di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata terhibur dengan gelagat sekumpulan kanak-kanak ini. Ada juga yang mengimbau kenangan lalu semasa kecil ketika bermain bersama rakan-rakan.
“Dulu waktu kecil pernah juga main begini, tapi dekat sungai. Best betul”, tulis seorang warganet.
@indermagar0 #memory #childhood #fyp #foryou ♬ original sound – Indra gm
“Kalau aku ada dekat situ, memang aku ikut budak-budak tu main sekali. Nampak best”, komen seorang individu yang tertarik dengan gelongor buatan itu.
Bagaimanapun, ada juga yang menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan kanak-kanak itu bermain di tanah berlumpur. Jelas seorang individu, gelongsor buatan ini boleh mengundang padah jika ada benda tajam yang tertanam di situ.
Ada juga yang menyurakan kerisauan terhadap haiwan liar di situ seperti ular dan serangga memandangkan mereka bermain di dalam hutan.
Melihatkan gelagat kanak-kanak tersebut, harus diakui aktiviti seperti itulah yang akan dikenang oleh mereka apabila besar kelak. Kanak-kanak perlu diberi peluang untuk bermain di luar bersama rakan-rakan mereka, daripada terperap di rumah bermain permainan video sahaja.
BACA:
Ustaz Wadi Annuar pula dihalang ceramah di Selangor, sekali ini jawapan MB Selangor
Atuk ini kongsi kisah tunai Haji pada tahun 1924, kos tunai haji masa tu murah gila!