Tukar paip lama sepanjang 4,000km, Air Kelantan sedang cuba dapatkan geran daripada kerajaan pusat

Oleh MHDAILY

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam perancangan menukar 4,000 kilometer (km) paip lama di negeri berkenaan yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030, kata pengurus besarnya Dr Azuhan Mohamed.

Azuhan berkata langkah itu selaras dengan usaha kerajaan pusat dan negeri dalam menyelesaikan masalah gangguan bekalan air, kualiti air serta tekanan air perlahan yang dihadapi rakyat Kelantan sejak puluhan tahun.

Menurutnya, perancangan itu melibatkan peruntukan berjumlah RM1.7 bilion dan pihaknya sedang cuba mendapatkan peruntukan berkenaan melalui geran daripada kerajaan pusat.

Baca Artikel Penuh