Tuah menaikkan ikan keli seberat 2.6 kilogram (kg) membolehkan Mohd. Qamarul Anuar Abdul Latif, 37,
Beliau dinobatkan sebagai juara Cabaran Joran Melaka 2024 di Tasik Ayer Keroh, Melaka, semalam.
Kemenangan ini membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000, sekaligus menewaskan 750 peserta lain
Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.
Mohd. Qamarul mengakui bahawa dia tidak menyangka hanya menggunakan umpan cacing mampu menarik perhatian ikan keli seberat itu.
“Hadiah ini untuk anak kedua yang dijangka lahir pada Februari tahun depan. Ini mungkin rezeki untuknya dan saya.
Memancing ini memang hobi saya sejak 15 tahun lalu dan saya sering menyertai pertandingan seperti ini. Setakat ini, saya sudah memperoleh hampir RM30,000 hasil daripada kemenangan memancing,” katanya.
Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Khairil Azhar Johan, 42, dengan tangkapan ikan keli seberat 2.4kg, manakala tempat ketiga disandang oleh Adnan Md. Isa, 35, yang menaikkan ikan keli seberat 2.3kg.
BACA”:Seiring permodenan, Malaysia satu dalam dunia terima duit kripto bayar zakat