Kebiasaannya kita mendengar servis beli sekarang, bayar kemudian di platform e-dagang.
Namun, kini wujud kelainan untuk pasangan yang mahu melangsungkan pernikahan secara ekspres di negara jiran, Thailand.
Baru-baru ini, sebuah video di TikTok telah mencuri perhatian ramai apabila menawarkan pakej “Trip Nikah
Thailand”dengan konsep unik: nikah dulu, bayar kemudian.
Pakej Serendah RM1,699
Dalam video tersebut, pasangan dari Malaysia yang berminat hanya perlu membayar caj serendah RM1,699 untuk pakej pernikahan ini
. Tawaran ini dianggap menarik kerana prosesnya yang mudah dan cepat, terutama dengan pilihan untuk membayar kemudian.
Reaksi Netizen: Gurauan dan Keterujaan
Ruangan komen di TikTok dipenuhi dengan reaksi terhibur dan gurauan dari netizen. Ada yang menyamakan pakej ini dengan pembelian barangan elektronik melalui alternatif pembayaran seperti Atome atau SPayLater.
– “Siot lah, kahwin dah macam beli iPhone…nikah dulu bayar kemudian,”seloroh seorang pengguna.
– “Nikah pun boleh bayar paylater sekarang,” tambah seorang lagi.
– “Risau laki aku dekat sini,” gurau seorang netizen.
Pernikahan Diiktiraf?
Apabila ditanya mengenai kesahihan pakej ini, pihak penyedia perkhidmatan memaklumkan bahawa pernikahan yang dijalankan di sana adalah diiktiraf. Namun, ramai masih skeptikal kerana bimbang pakej sebegini hanya memfokuskan keuntungan tanpa mengambil kira kesan jangka panjang kepada pasangan.
Fenomena Perniagaan Unik
Konsep “bayar kemudian” bukanlah perkara baru. Sebelum ini, pernah tular sebuah iklan penjualan rumah teres di Kluang yang dijual di Shopee pada harga RM250,000.
Menariknya, pemilik rumah tersebut turut membenarkan pembeli menggunakan SPayLater untuk memudahkan pembayaran secara ansuran.
Pakej pernikahan ekspres ini mencerminkan bagaimana inovasi dalam perkhidmatan kini semakin kreatif, tetapi pasangan perlu berhati-hati dan memastikan semua proses dilakukan mengikut undang-undang.
BACA: Tok penghulu Tumpat tampil beri penjelasan asingkan bantuan banjir Khairul Aming