Tragis..mayat dua anak kecil ditemui dalam beg bagasi yang dilelong. Mayat dua anak kecil ditemui di dalam dua beg bagasi yang dibeli dalam satu acara lelongan di New Zealand, kata polis tempatan hari ini.
Detektif Inspektor Tofilau Faamanuia Vaaelua berkata, kedua-dua mayat itu dipercayai disimpan selama beberapa tahun dengan mangsa dikatakan berumur antara lima hingga 10 tahun apabila mereka mati.
“Mayat mereka disembunyikan di dalam dua beg bagasi bersaiz agak sama,” kata Vaaelua.
Mayat mereka ditemui apabila sebuah keluarga membeli barangan di dalam sebuah treler yang dilelong dari sebuah tempat penyimpanan di Auckland Selatan.
“Polis mengulangi bahawa keluarga terbabit tiada kaitan dengan pembunuhan kedua-dua kanak-kanak itu tetapi mereka amat terkejut dan tertekan dengan penemuan tersebut.
“Mereka meminta supaya diberikan privasi,” tambahnya.
Polis menggunakan barangan isi rumah dan peribadi yang ditemui bersama dua beg bagasi itu dalam usaha untuk mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa pembunuhan berkenaan.
Menurut Vaaelua, polis New Zealand juga sedang bekerjasama dengan polis antarabangsa Interpol walaupun saudara-mara mangsa dipercayai masih berada di negara itu.
BACA:
Taktik founder kosmetik ini terbongkar, “buat-buat jadi jutawan je sebenarnya”
Pesanan untuk peniaga, anda bakal dikompaun jika tak kibar Jalur Gemilang