Tradisi beri duit dalam kain tanpa guna sampul ketika kenduri tarik perhatian ramai

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Perbuatan tetamu undangan sebuah majlis perkahwinan di Indonesia yang memberikan wang tunai di dalam kain

Tanpa menggunakan sampul kepada pasangan pengantin telah menarik perhatian ramai, lapor saluran berita Detiknews semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @Pray__93, beberapa tetamu dilihat memegang kain batik yang berisi wang tunai.

Kain tersebut juga dipegang oleh pasangan pengantin di bahagian hujungnya. Tetamu itu kemudian bersalaman dan meninggalkan pasangan pengantin.

Kejadian ini berlaku di Desa Banyumeneng, wilayah Jawa Tengah.

Tradisi beri duit dalam kain tanpa guna sampul ketika kenduri tarik perhatian ramai

Menurut Ketua Kampung Banyumeneng, Muhammad Ajib Wahyudi, perbuatan ini merupakan tradisi penduduk setempat yang masih diamalkan hingga kini.

“Amalan seperti ini sudah lama ada, saya sendiri berkahwin dengan cara yang sama. Saya juga merasa malu ketika itu.

“Tradisi ini tidak menggunakan sampul dan mesti menggunakan wang tunai,” kata Ajib.

Tambahnya, sumbangan tunai kepada pengantin tanpa sampul dianggap lebih murni dan merupakan bentuk sedekah tanpa mengharapkan balasan.

BACA: “Isteri aku macam dah tawar hati, jenuh aku pujuk, aku tahu aku salah tapi aku dah tinggalkan bekas kekasih aku”