Toyota Vios baharu mengancam habis, harga hanya RM67k! TOYOTA Thailand memperkenalkan model generasi keempat Vios (2023) (Thailand: Yaris Ativ) yang dibangunkan berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Daihatsu (DNGA).
Ada empat varian diperkenalkan dalam tujuh pilihan warna dengan perincian seperti berikut:
VARIAN
Empat varian Vios (2023) serba baharu itu dijana trenkuasa sama, jenis 1.2L dengan harga berikut:
- 1.2 Sport – 539,000 baht (RM67,710)
- 1.2 Smart – 584,000 baht (RM73,370)
- 1.2 Premium – 659,000 baht (RM82,790)
- 1.2 Premium Luxury – 689,000 baht (RM86,550)
- Waranti tiga tahun, atau jarak perbatuan 100,000km (mana satu tiba dulu)
WARNA
Ada tujuh pilihan warna ditawarkan:
- Orange Spicy Scarlet (jingga) – warna baharu
- Grey Urban Metal ((kelabu) – warna baharu
- Silver Metal Stream Metallic (perak)
- Black Attitude Black Mica (hitam)
- Red Mica Metallic (merah)
- Super White (putih) – untuk Sport dan Smart
- Platinum White Pearl (mutiara putih) – untuk Premium dan Premium Luxury
PLATFORM DNGA
- Platform DNGA yang digunakan adalah sama seperti model Perodua Ativa dan Perodua Alza, termasuk Daihatsu Rocky, Xenia, Toyota Raize, Avanza dan Veloz.
- Memiliki dimensi panjang 4,425mm, lebar 1,740mm, dan tinggi 1,480mm, manakala jarak roda 2,620mm dan jarak lega bumi 160mm. Pusingan radius pula 4.8 meter.
- Dibandingkan model lama (Malaysia: Vios 1.5G), dimensi panjang ialah 4,420mm, lebar 1,730mm dan tinggi 1,475mm tinggi, manakala jarak lega bumi 133mm, dan jarak roda 2,550mm. Pusingan radius pula 5.1 meter.
- Sevara ringkas, dimensi keseluruhan bertambah 5mm panjang, 10mm lebar dan 5mm tinggi. Perubahan ketara adalah jarak roda bertambah 70mm dan ruang radius turun 0.3 meter.
TRENKUASA
- Hanya satu trenkuasa ditawarkan, jenis petrol 4-silinder 16-injap aspirasi natural (NA) 1.2L Dual VVT-i DOHC berkuasa, 94hp @ 6,000rpm dan tork 110Nm @ 4,400rpm. Enjin baharu ini disahkan patuh piawaian Euro5.
- Dipadankan sistem transmisi Super CVT-i dengan program Sequential Shift.
- Ada tiga mod pemanduan (Normal, Sport dan Eco).
- Kadar penjimatan bahan api 23.3km seliter dengan kapasiti tangki minyak dikurangkan kepada 40 liter (Vios lama: 42 liter)
REKABENTUK
- Wajah generasi keempat Vios memiliki persamaan seperti Camry. Lencana Toyota diapungkan pada tengah gril tipis (atas), manakala gril bawah bersaiz lebih besar.
- Ada rekaan mirip ruang ventilator pada sebelah kiri dan kanan bampar depan.
- Bahagian sisi terdapat garis badan yang menyerlahkan gaya lebih solid dengan gerbang roda lebih berbentuk.
- Ruang belakang lebih kemas dengan tambahan strip melintang sepanjang but belakang. Ada juga rekaan ventilator pada bampar belakang dengan difuser udara dan lampu reflektor.
RUANG KABIN
- Dua pilihan rona kabin iaitu merah dan hitam ditawarkan, bergantung kepada varian.
- Konsol depan dibalut material kulit sintetik jenis lembut bersulam jahitan benang merah, ada kemasan jalur perak.
- Latar pencahayaan kabin 64 pilihan warna dan boleh diubah menggunakan tombol disediakan.
- Ventilator penyaman udara mendapat kemasan krom, termasuk penumpang belakang.
- Unit infotainmen 9 inci skrin sentuh dengan konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto
- Penyaman udara jenis automatik dengan tombol kawalan premium.
- Ada soket 12V, empat port USB dan disediakan penapis kabin PM2.5.
- Paparan kluster instrumen digital TFT 7 inci.
- Juga ada ciri butang tekan-mula (push start) dan ada Brek Pegun Automatik (AHB).
PAKEJ AKSESORI
Ada tiga pakej aksesori ditawarkan:
- CHIARO: Menekankan hiasan krom, harga 8,000 baht (RM1,010)
- LUSSO: Menyerlahkan gaya menawan, harga 17,000 baht (RM2,140)
- PRESTO: Hiasan sporty, 20,000 baht (RM2,510)
BACA:
Aliff Syukri akui doktor sahkannya ada penyakit mental