Tokti tunjuk perangai sebenar bila merajuk dengan Dato K. Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memberikan tips rumah tangga bahagia buat peminat di luar sana.
Kata Siti yang lebih mesra disapa sebagai TokTi ini, keharmonian rumah tangga itu perlu dikekalkan agar dapat kekal bahagia hingga ke syurga.
Ujarnya, jikalau suami sedang marah, eloklah si isteri tidak bertindak melulu dengan bertindak seperti ibaratnya mencurahkan lagi minyak yang panas ke dalam api.
Kalau suami tengah marah, cari masa dan waktu yang sesuai untuk bercakap balik. Tunggu hati dia sejuk dahulu. Jangan kita pun marah. Kalau sama-sama marah nanti meletup.
Kongsi TokTi lagi, isteri perlulah sabar dan bertenang agar tidak bertindak melulu dalam membuat sesuatu keputusan atau tindakan.
Jika sukar nak bercakap, gunakan WhatsApp untuk berkomunikasi. Cara ini juga boleh kurangkan pergaduhan dan buat suasana lebih harmoni selain lebih mudah untuk meluahkan isi hati kita.
Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu ini turut memberitahu bahawa masakan isteri boleh dijadikan ‘pengikat’ hubungan antara suami isteri.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini ada mengakui, dia pun ada ketikanya merajuk dengan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Lebih memilih untuk mendiamkan diri ketika merasa marah atau merajuk, TokTi mengatakan bahawa dia tetap pergi dan bersama suaminya ketika dikehendaki.
“Tapi, bila suami panggil, kita pergilah. Bila dia tengok kita diam, dia pula rasa tak selesa dan akan pujuk kita.” kongsinya lagi.
BACA:
Helikopter bawa 6 pegawai perubatan terhempas di Cameron Highland
Remaja umur 19 tahun pilih nenek sebagai pasangan hidup
Najib dan Mahathir, pasangan kembar yang pernah kerja di pasaraya