Tok penghulu Tumpat tampil beri penjelasan asingkan bantuan banjir Khairul Aming

Oleh FAHMI ABBAS

Tular di TikTok dakwaan bahawa barangan sumbangan daripada pempengaruh terkenal, Khairul Aming,

Di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1 telah diasingkan.

Mangsa banjir dikatakan hanya menerima sebungkus biskut dan mi segera, mencetuskan persoalan di kalangan orang ramai.

Memetik laporan Sinar Harian, Penggawa Jajahan Tumpat, Abdullah Farizal Mohd Asri, tampil memberikan penjelasan mengenai isu tersebut.

Mengasingkan bantuan adalah tindakan yang betul

Tok penghulu Tumpat tampil beri penjelasan asingkan bantuan banjir Khairul Aming

Menurutnya, tindakan mengasingkan bantuan yang diterima adalah langkah yang tepat yang diambil oleh penghulu di situ.

Beliau menjelaskan bahawa tindakan tersebut bukanlah untuk “menyorok” bantuan, tetapi untuk memastikan agihan yang lebih adil kepada semua mangsa yang berada di PPS.

Abdullah Farizal berkata, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang menyumbang bantuan biasanya tidak mengetahui jumlah sebenar penghuni PPS, oleh itu bantuan yang diterima perlu diasingkan agar setiap mangsa mendapat bahagian yang secukupnya.

Memastikan agihan bantuan yang adil

“Barangan yang diterima akan diasingkan dan dibahagikan.

Walaupun kelihatan banyak, apabila dibahagi kepada jumlah mangsa banjir yang ramai, setiap orang hanya akan menerima sedikit,” katanya.

Tambahnya lagi, sekiranya ada pihak yang mendakwa berlaku salah guna atau ketidakadilan dalam agihan bantuan, mereka digalakkan untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan bukti yang kukuh.

BACA: ‘Sepanjang malam tu, saya tak dapat tidur sampai pagi duduk fikir apa yang suami buat dengan perempuan tu dalam hotel’