TKM Pulau Pinang adakan Dialog Kepimpinan Mahasiswa dengan wakil IPT

TKM Pulau Pinang adakan Dialog Kepimpinan Mahasiswa dengan wakil IPT

Majlis dialog yang telah berlangsung ini merupakan anjuran bersama Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, Zakat Pulau Pinang (ZPP) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

Antara panel yang hadir ialah Dato’ Ir. Hj. Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, TKM1 Negeri Pulau Pinang, En. Khairul Aman Bustaman, Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JHEAIPP dan En. Amran Hazali, Ketua Pegawai Eksekutif ZPP. Majlis ini telah mengumpulkan perwakilan pelajar Pulau Pinang di IPT awam dalam dan luar negara di bawah tajaan Majlis Agama Islam Negeri Islam Pulau Pinang.

Seramai lebih 30 orang wakil pelajar dari setiap IPT hadir pada majlis dialog itu.

Sesi dialog ini bertujuan bagi berkongsi serta bertukar buah fikiran tentang permasalahan yang dihadapi oleh mahasiswa ketika ini.

Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang

Sumber :

COMMENTS