Tips yang betul kekalkan hijau Celur Pucuk Ubi yang menawan

Oleh SURIANI HAMDAN

Pucuk ubi memang enak dimasak dengan pelbagai jenis masakan. Kalau dicelur, selalunya ia dijadikan sajian pecal,

gado-gado ataupun dinikmati bersama sambal belacan dan budu.

Tapi pernah tak jadi bila anda celur, daun pucuk ubi akan bertukar warna coklat dan pucat? Nampak tak menarik!

Tips yang betul kekalkan hijau Celur Pucuk Ubi yang menawan

Menerusi saudari Erra Fazira Mahdi, beliau berkongsi petua dari ibu tercinta; Puan Jamaiah Binti Aini untuk hasilkan pucuk ubi rebus yang kekal hijau dan nampak menyelerakan. Jom cuba!

CARA CELUR PUCUK UBI AGAR KEKAL HIJAU & NAMPAK SEGAR

BAHAN-BAHAN:

Pucuk ubi – dibersihkan
1 sudu teh soda bikarbonat
Air secukupnya

CARA-CARA:

Sediakan air rebusan dan masukkan daun ubi.

Kemudian masukkan soda bikarbonat. Tunggu hingga daun lembut.

Angkat dan toskan. Selain pucuk ubi, cara ini juga boleh digunakan untuk mencelur sayur-sayuran yang lain juga.

BACA: Cuba resipi nugget ayam ini, lebih sihat dan menjimatkan!