Tips surirumah ini memang ‘berfikir di dalam bakul ’Eh, bakul baju boleh isi air?

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Ramai memuji tips ‘berfikir di dalam bakul’ yang dikongsikan seorang surirumah ini dalam usaha berjimat semasa tempoh gangguan bekalan air.

Terdahulu, Siti Suhaira berpendapat banyak perbelanjaan terpaksa dikeluarkannya

jika membeli tong bagi mengisi air di tiga bilik air di rumahnya.

Oleh itu, sejak tahun lepas lagi beliau telah mengatasi masalah tersebut dengan mengisi air dalam bakul baju yang dilapisi plastik hitam.

“Pulau Pinang takda air e hari… Rumah ni ada 3 bilik air. Jenuh jugalah kalau nak beli tong. 1 tong harga RM50 hingga RM60.

“Macam tahun lepas punya krisis air, inilah solusi akak,” katanya meraih lebih 7,000 tanda ‘like’.

Beliau memberitahu, caranya mudah iaitu beli 3 bakul baju di kedai Eco yang baru berharga RM9 sebuah.

Tambahnya, dia juga membeli bungkusan plastik hitam bersaiz besar yang berharga RM3 hingga RM4 sahaja.

“Modal lebih kurang RM30 saja untuk 3 bilik air.

Eh, bakul baju boleh isi air? - Tips surirumah ini memang 'berfikir di dalam bakul'

Susulan perkongsian Siti Suhaira tersebut, rata-rata warganet memberitahu mereka tidak terfikir pun selama ini mengenai penyelesaian kreatif seperti itu.

Berderet ucapan terima kasih ditujukan kepada Siti Suhaira lantaran alternatif bekas bagi mengisi air semasa gangguan bekalan air itu amat menjimatkan.

“Tak terfikir di akalku. ‘Good idea’ dan kreatif.

“Cadangan yang cukup kreatif dan bagus. Jimat kos. Terbaik!

“Jimat… kreatif… langsung tak terfikir idea macam ni,” demikian kata warganet.

BACA: “Tiba-tiba saya kena pindah duduk rumah mertua, mulalah aduan mak mertua kepada suami, setiap hari! Sampai basuh pinggan pun tak boleh ada bunyi!”