Tindakan Imam lambung bayi dengan niat ‘dah besar jadi wali’ dikecam. Sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai di mana bayi yang baru dilahirkan disambut khususnya buat keluarga terdekat.
Buat umat Islam, membuat ibadah Aqiqah bagi yang mampu antara yang dituntut sebagai tanda syukur terhadap bayi yang dilahirkan. Malah, sambutan menyambut bayi ini mungkin berbeza mengikut budaya dan agama.
Dalam pada itu, lain ceritanya mengenai sebuah video yang tular di Facebook Faris Bin Hassan Gadneh yang menyaksikan seorang bayi yang masih kecil dilambung dengan begitu tinggi mengelilingi ruangan kecil di masjid.
Lebih mengejutkan ramai, difahamkan tujuan bayi tersebut dilambung oleh imam masjid tersebut sebagai ‘usaha’ untuk menjadikan bayi tersebut menjadi wali apabila dewasa kelak.
Atas apa sebab sekalipun, tindakan melambung bayi dengan tinggi serta menyambutnya semula berkali-kali telah mendapat netizen yang nyata berang dengan perlakuan tersebut.
Terdapat para netizen yang memaklumkan tindakan melambung bayi ini mampu menyebabkan pendarahan dalaman khususnya pada bahagian otak. Tidak kurang juga yang mengecam tindakan ibu bapa yang membiarkan anak mereka dilambung oleh imam masjid tersebut.
Sementara itu, terdapat netizen yang berpendapat tindakan yang dilakukan hanyalah sekadar adat setempat.
Walau bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan untuk memeriksa terlebih dahulu sebarang tindakan yang mahu dilakukan atau diberikan mandat kepada individu lain untuk melakukannya kerana dikhuatiri mampu memberi kesan kepada bayi tersebut.
BACA:
Menang badminton dunia, kerajaan akan umum cuti peristiwa?
Netizen nak ‘cancel’ Fazura bila sokong posting Michael Ang pasal kes Najib