Tindakan Aeril dan Wawa pilih tema Huggy Wuggy majlis bevday anak kena tegur. Baru-baru ini, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal meraikan ulang tahun kelahiran dua anaknya, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa pada 25 Ogos.
Momen kemeriahan majlis itu dikongsikan menerusi sebuah video di Instagram (IG) Wawa.
Menerusi kapsyen yang ditulis, Wawa menyifatkan kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar adalah memori yang tidak dapat dilupakan sepanjang berumah tangga.
Usahawan terkenal berumur 31 tahun itu turut mendoakan agar Atta menjadi anak yang soleh serta menjadi contoh yang baik kepada ketiga adik perempuannya.
Bagaimanapun, yang menjadi tumpuan warganet adalah tema majlis itu iaitu kartun Huggy Wuggy.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut menyatakan Huggy Wuggy merupakan watak pembunuh dan sangat menakutkan.
@fazleenyfaizal87: Selamat hari lahir. Semoga menjadi anak soleh, berjaya dunia akhirat.. Cuma nak bagitahu kartun Huggy Wuggy tu bawa unsur negatif. Elakkan anak lebih menonton atau minat pada karakter berkenaan..
@ainmazri: Selamat hari lahir Attar. Tapi tema ni.. tak elok sangat untuk anak-anak.
@hanahmran: Kartun ini sebenarnya tak boleh bagi budak tengok, sebab dia pasal bunuh membunuh, ibu bapa kena semak balik. Seram.
@missrulan: Ada kenyataan bagi tahu patung ini tak elok. Cuba cari info pasal ni kalau mahu lagi sahih.
@seindahsakuraliza: Tolong jangan promosikan watak ini kerana terlalu menakutkan dan berbahaya.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
View this post on Instagram
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
BACA:
Lelaki lari tinggal teman wanita sendiri lepas curi barang RM1,000