Mufti Kelantan tidak melihat sebarang masalah untuk meletakkan rokok di mana-mana bahagian jualan
kerana fatwa mengenai perkara itu sudah jelas sudah lama difatwakan haram.
Apabila ditanya mengenai cadangan meletakkan rokok di bahagian tidak halal bersama arak dan babi, Mufti Kelantan berkata:
“Fatwa telah mengeluarkan bahawa merokok itu haram, tetapi dari segi pengurusan pentadbiran,
kita serahkan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran untuk melaksanakan (pengharaman rokok).
“Nak letak di bahagian mana (penjualan) rokok, itu terpulanglah,” tambahnya.
Minggu lalu, Menteri Agama menyatakan bahawa akan berbincang dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengenai cadangan untuk meletakkan rokok di bahagian tidak halal.
“Majlis fatwa hanya mengeluarkan fatwa bahawa rokok haram, tetapi bukan bahagian fatwa yang mengambil tindakan.
“Jadi, untuk meletakkan rokok dalam kategori mana (penjualan rokok), itu terserah kepada pihak pentadbiran,” katanya lagi.
BACA: Jadi penghantar surat, ini kisah lelaki cina jadi perisik Polis menyamar masuk komunis