Tiktok kini disiasat ‘curi’ duit mangsa pelarian Syria di livestream. Sekiranya anda seorang pengguna TikTok, sudah pasti pernah terlihat live yang dibuat oleh keluarga yang berada di kem pelarian. Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana mereka boleh mendapatkan peranti dan juga beroperasi di lokasi serba kekurangan itu.
Menurut laporan dari BBC, TikTok didakwa memanipulasi keuntungan daripada livestreams di mana pelarian Syria meminta hadiah atau cash gifts. Platform TikTok kini di bawah siasatan atas pertuduhan mempergunakan mangsa pelarian Syria untuk meraih pendapatan.
Berdasarkan siasatan yang dibuat, TikTok telah mengambil lebih 70% daripada hasil derma yang diberikan kepada keluarga-keluarga Syria yang membuat livestream di platform tersebut. Difahamkan bahawa mangsa pelarian boleh meraih hampir $5,000 (~RM23,440) dalam masa sejam dengan membuat livestreams.
Isu ini mendapat perhatian selepas seorang ‘orang tengah TikTok’ di kem, Hamid Al-Alwa yang menguruskan akaun untuk 12 orang keluarga pelarian Syria mendedahkan bahawa nilai cash gift yang diterima adalah suku daripada nilai asal. Jadi, mereka hanya menerima suku daripada nilai derma yang diterima.
Beliau menjelaskan bahawa cash gifts singa yang sepatutnya bernilai $500 (~RM2,344) menjadi $155 (~RM726.24) apabila sampai di tangannya. Malah, beliau perlu membeli kad sim versi Amerika Syarikat dan juga menghubungi orang dalam TikTok untuk mendapatkan akaun dengan 1,000 pengikut untuk membuat livestreams.
Ekoran itu, pihak BBC sendiri menjalankan siasatan dengan salah seorang wartawannya membuat livestreams dengan menggunakan akaun TikTok dari Syria. Dalam eksperimen tersebut, BBC telah menyumbang cash gift bernilai $106 (~RM496.93) namun wartawan berkenaan dikatakan hanya menerima $33 (~RM154.70).
Dengan penemuan itu, pihak TikTok telah mengeluarkan siasatan mereka sendiri dan turut mengatakan bakal mengambil tindakan terbaik dalam menyelesaikan masalah eksploitasi tersebut. Dalam masa yang sama, terdapat sejumlah akaun TikTok dari kem pelarian tersebut yang telah dipadam kerana melanggar polisi platform tersebut.
Our investigation found children in camps in Syria are begging on TikTok Lives – while TikTok takes 70% of donations given to them. It’s taken months of work with @BBCArabic and BBC Eye to shed light on this… here’s how we found out 🧵 https://t.co/raD60I7Cvt
— Hannah Gelbart (@hannah_gelbart) October 12, 2022
Mona lives in this camp with her 6 daughters. Her husband was killed in an airstrike and her daughter Sharifa is nearly blind. She goes on TikTok Live to make money for an operation to save Sharifa’s sight pic.twitter.com/lzO4QBZJQI
— Hannah Gelbart (@hannah_gelbart) October 12, 2022
BACA:
Boleh buat lakon watak lembut, Awie dedah pekerjaannya sebelum jadi Mat Rock
Izara Aishah mengamuk, ‘itu bayi Laha***, semoga kamu reput di Neraka!’