Tiket penerbangan makin mahal, naik sehingga 70 peratus

Oleh MHDAILY

Tiket penerbangan makin mahal, naik sehingga 70 peratus. Pandemik Covid-19 tidak lagi menjadi beban utama kepada sektor pelancongan Indonesia ketika ini, sebaliknya tiket kapal terbang yang semakin mahal.

Ketua Persatuan Pelancongan Indonesia dan Agensi Pelancongan Kalimantan Barat, Ifan Ronaldo berkata, kenaikan tambang pesawat ketika ini mencecah sehingga 70 peratus.

“Harga tiket pesawat sudah naik sehingga 70 peratus sejak sebelum pandemik Covid-19 bermula lagi, sekali gus menjadi beban kepada sektor pelancongan untuk terus berkembang.

“Sebelum ini, tambang penerbangan dari Pontianak ke Singapura adalah sekitar 700,000 rupiah (RM207), tapi kini sudah melebihi sejuta rupiah (RM297),” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Bagi penerbangan domestik laluan Pontianak ke Putussibau pula berharga 1.4 juta rupiah (RM415) ketika ini berbanding 600,000 rupiah (RM178) sebelum ini.

Jelas Ifan, kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi menyebabkan orang ramai keberatan untuk melancong jarak jauh, sekali gus membantutkan perkembangan pelancongan domestik.

Tiket penerbangan makin mahal, naik sehingga 70 peratus

Sehubungan itu, beliau berharap kerajaan dapat mengambil pendekatan sewajarnya bagi memastikan harga tiket pesawat dapat dikawal, sekali gus memajukan sektor pelancongan.

Katanya, sejak September 2021, jumlah pelancong meningkat signifikan, namun mula menurun disebabkan oleh tiket kapal terbang yang mahal.

“Seperti yang kita tahu, tempat menarik di Indonesia ini terletak dalam jarak yang jauh, malah ada yang perlu naik pesawat untuk tiba di destinasi.

“Jika tiket terus mahal, bagaimana orang ramai ingin melancong? Dan kesan itu turut dirasai semua agensi pelancongan,” ujarnya.

BACA:

Safee Sali jadi pemain golf pula, pukul sekali terus menang Mazda CX5

‘Bangga anak gagal SPM tapi berjaya dapat suami’

Pemuda kecam arwah Adibah mati tak tutup aurat, netizen korek rupanya ‘pejuang PAS’ dan geng kunyit