Tiba-tiba “Leena” dan “Drift Petronas” hangat di media sosial

Tiba-tiba “Leena” dan “Drift Petronas” hangat di media sosial

Media sosial malam tadi dipenuhi cerita Leena dan TarSenik. Mungkin ramai yang tidak memahami cerita ini kerana kebanyakan wall di media sosial hanya dipenuhi dengan troll-troll ringkas yang memerlukan pembaca membuat kajian dari mana punca isu ini tiba-tiba meletus malam tadi.

Tinjauan kami mendapati isu ini bermula dengan cetusan posting dari pengguna facebook bernama Alexander Pittsuwan Thomprason yang kemudiannya meleret menjadi troll di kalangan pengguna media sosial.

Antara yang trending adalah “Leena” “TarSenik” “Vellfire” “Petronas” “Drift” dan pelbagai troll lain yang masih memenuhi media sosial terutama facebook.

Kami tidak mahu mengulas panjang isu ini, sekadar mahu mencari punca tercetusnya isu ini yang tiba-tiba menghangatkan lagi suhu dan gelora di media sosial semalam dan hari ini.

COMMENTS