Tiada yang terselamat, video dua helikopter TLDM bertembung sebelum terhempas raih perhatian

Oleh SURIANI HAMDAN

Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, digemparkan dengan kejadian helikopter terhempas pada Selasa.

Kemalangan udara yang meragut 10 mangsa itu diketahui melibatkan aset milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut rakaman tular pada Selasa, kira-kira tujuh helikopter terbang di ruang udara dalam formasi tertentu.

Namun, dua daripada helikopter itu berlanggar antara satu sama lain, dipercayai bahagian ekornya terkena, sebelum rakaman menunjukkan helikopter itu terhempas.

Rakaman juga menunjukkan serpihan badan helikopter terhempas melayang jauh sebelum jatuh di kawasan tersebut.

Tiada yang terselamat, video dua helikopter TLDM bertembung sebelum terhempas raih perhatian

Dalam kenyataan, Tentera Diraja Malaysia menjelaskan bahawa kejadian pertembungan helikopter itu berlaku semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

“Kedua-dua helikopter jenis HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu berlepas dari Padang Sitiawan pada pukul 9.03 pagi.

“Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut,” kata kenyataan tersebut.

MAKLUMAT AWAL KEMALANGAN PESAWAT HELIKOPTER TLDM PADA 23 APRIL 24

0945H – POA Barat terima maklumat daripada Mk Udara memaklumkan terdapat 1 x HOM (M503-3) dan 1 x Fennec (M502-6) telah bertembung semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan HUT TLDM Ke-90.

Kedua-dua pesawat telah berlepas dari Padang Sitiawan pada 0903H.

Pesawat HOM telah terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Komplek Sukan TLDM Lumut.

BOMBA, 96 HAT dan Protela telah dikejarkan ke tempat kejadian.

Mangsa yang terlibat adalah:

a. Pesawat HOM (M503-3) – 7 orang kru:

(1) Kdr Muhammad Firdaus bin Ramli TLDM – PM Skuadron 503.

(2) Lt Kdr Wan Rezaudeen Kamal bin Wan Zainal Abidin TLDM.

(3) Lt Kdr Mohammad Amirulfaris bin Mohamad Marzukhi TLDM.

(4) PW II TLR (AQM) Muhammad Faisol bin Tamadun.

(5) TBC

(6) TBC

(7) TBC

b. Pesawat Fennec (M502-6) – 3 orang kru:

(1) Kdr Muhamad Amir bin Mohamad TLDM – PM Skuadron 502.

(2) Lt Sivasutan a/l Thanjappan TLDM.

(3) PW II TMK Mohd Shahrizan bin Mohd Termizi.

Dukacita dimaklumkan kesemua kru kedua-dua pesawat tiada yang terselamat.

Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Sekian perkara diangkat untuk makluman YBhg Dato’.

CC:
TPA Barat
AKS Op

BACA: Aircond dah tak sejuk? Tukar ‘benda’ ini je pasti jimat poket ramai tak tahu