Walaupun mak telah pun meninggalkan dunia dan meninggalkan rumah ini ..
Kerusi di bilik air ini kegunaan mak tiada siapa pun berani keluarkan .
Ada Kisah kerusi ini dengan aku .
Sebelum ini , mak , kami mandikan . Kami adalah aku dan Ira . Mak sebelum ini , pernah strok sebelah Badan nya . T
iub kencing di pasang di pundi kencing dia . Bermacam macam ikhtiar aku buat untuk mak ketika itu .
Ada Nurse yang aku ambil untuk menukar kan tiub kencing mak, ada Budak Budak fisioterapi yang datang untuk membantu mak menjalankan fisioterapi di rumah .
‘Tiada siapa berani keluarkan kerusi ini dari tandas walaupun mak dah meninggal dunia’
Lebih kurang setahun , mak kembali kuat dan sihat , dan alangkah terkejutnya aku, pada satu pagi , awal
Pagi , aku mendengar bunyi air di bilik air bawah .
Dengan segera aku Menuruni tangga, dan aku lihat mak sedang mandi sendiri di dalam bilik air .
“Mak , macamAna mak buat mak ? Kata ku ..
“Mak Cuba perlahan Lahan Melea , kan Budak fisio ada ajar mak macamana nak masuk tandas za
Kata mak …
“Allahuakbar ., baik baik tau mak ., , nak adik Tolong tak ? Kata ku lagi ..
“Nanti kau belikan mak kerusi , duduk dekat mangkuk tandas nie tak selesa sikit . bergoyang goyang .. , kata mak ..
Dan aku belikan mak kerusi untuk mak mandi di dalam bilik air .
Mula mula Kerusi kayu , tak tahan lama , goyang , kayu mereput apabila basah di gunakan.. Di ganti baru . Aku carikan Kerusi besi pula , mak tak suka , licin dan berjalan jalan kata dia .. dan akhirnya aku belikan Kerusi ini buat kegunaan mak .
Kisah tandas ini tak berakhir di sini .
Sistem pembuangan air besar mak sudah tidak seperti kita . Mak sentiasa akan tercirit dan najis mak pasti merata rata di lantai bilik air ini .
Sudah pastilah ini tugas ku , setiap hari , apabila mak ke tandas , aku lah orang nya yang akan membasuh tandas ini sehingga ke dinding tandas terperciknya.
Baru baru ini , aku Pakai tandas di bawah ini , aku pandang sekeliling tandas itu .
Walaupun ianya bersih tanpa najis , tapi aku rasa kosong .
Kosong Kerana di sini Lah juga aku menggalas tanggungjawab sebagai seorang anak kepada Aminah Amid .
Aku akan basuh bersih bersih tandas ini , aku akan gosok dan pastikan tiada najis pun di lantai Kerana di sini Lah mak akan mandi dan mengambil wuduk ya .
“Mak, apa dasyat sangat mak berak , Sampai ke dinding dinding, aku bergurau dengan mak .
Ketawa besar mak ..
“Rezeki kau lah , mak ketawa lagi ..
Ya , walaupun ianya najis mak , tidak pernah sekalipun aku geli .
Kerana , suatu masa dahulu , mak lah yang membersihkan najis aku ketika aku kecil dahulu.
Fitrah mak berusia dan tidak berdaya , aku lah sebagai anak yang patut membalas nya Semula .
“Mak , walaupun tandas mak bersih sebab mak takde , adik tetap suka tandas yang kotor sebab adik akan cuci sebersih bersihnya .
Bila mak masuk tandas semula , adik tahu , mak suka .
Sebab dalam rumah ini , adik lah satu satunya yang Akan menjaga kebersihan mak supaya mak boleh solat Dan mengaji dengan bersih dan Wangi sentiasa .
Mak , adik dah rindu mak …, terdengar dengar suara mak panggil adik .. tapi sayup sayup sahaja.
Sumber: FB Amelia Tamby Hussin
Baca Lagi:Putus cinta dengan Mr Doktor, pelakon seksi Sophia Albarakbah kini kembali solo