Pengalaman menggunakan pengangkutan awam, khususnya kereta api, boleh berbeza-beza mengikut negara, dan baru-baru ini
seorang gadis dari Jepun mendedahkan perbandingan menarik tentang pengalamannya menaiki tren di Malaysia berbanding negara asalnya.
Gadis itu menceritakan bahawa situasi dalam tren di Jepun agak berbeza, terutamanya bagi wanita.
Dia mengungkapkan bahawa di Jepun, terdapat fenomena yang dikenali sebagai “Butsukari Otoko” atau ‘Bumping Man’,
Di mana lelaki sengaja bertindak melanggar wanita di kawasan stesen atau dalam tren.
Selain itu, dia juga menyedari kewujudan individu yang mengambil kesempatan dengan berkelakuan tidak senonoh di dalam tren, menjadikan wanita sering berasa tidak selamat dan perlu lebih berhati-hati.
Namun, pengalaman gadis ini di Malaysia sungguh berbeza. Dia menyatakan bahawa dia merasa lebih selesa dan dilindungi ketika menaiki tren di sini.
“Di Malaysia, saya tidak perlu risau kerana tiada sesiapa yang sengaja melanggar saya, dan tiada juga yang ‘menyentuh’ saya,” katanya.
Keistimewaan sistem pengangkutan awam di Malaysia termasuklah penyediaan gerabak khas untuk wanita, dikenali sebagai “women-only coach”.
Inisiatif ini bertujuan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan wanita sepanjang perjalanan mereka. Hal ini jelas menunjukkan perhatian yang serius terhadap privasi dan perlindungan wanita.
Langkah ini juga turut dipuji oleh seorang pelancong Barat yang menganggapnya sebagai contoh yang patut dicontohi oleh negara lain.
Menurutnya, penyediaan gerabak khas untuk wanita adalah bukti bahawa Malaysia prihatin terhadap keselamatan dan kesejahteraan wanita yang menggunakan pengangkutan awam. Ini adalah satu langkah positif yang mendapat pengiktirafan global.
BACA: Siapa sangka, pasangan warga asing raih pendapatan 5 angka dengan hanya jual mee
3 thoughts on “‘Tiada lelaki yang ambil kesempatan’ Wanita Jepun terkejut tren di Malaysia lagi selamat dari Jepun”