Tiada keperluan darurat, undang-undang sedia ada mencukupi – PH

Oleh MHDAILY

Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini dan membincangkan isu perisytiharan darurat yang telah diumum hari ini.

Majlis Presiden mengambil pendirian menolak rasional serta alasan-alasan yang telah diberikan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kononnya kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari COVID-19.

Kami berpendapat bahawa undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumum semalam, adalah mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.

Baca Artikel Penuh