Tetamu dah ramai datang, nasi yang ditanak dalam periuk besar tak masak setelah 7 jam, lain pula jadi bila perawat islam bantu.
Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi panik penduduk sebuah kampung
Apabila nasi yang ditanak di dalam periuk selama tujuh jam tidak masak, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @raden_buba
Menurut pemilik akaun, penduduk keliru apabila nasi kenduri yang ditanak di dalam tiga periuk besar hampir seharian masih tidak masak walaupun api dinyalakan sudah besar.
@raden_buba Masak hampir sehari tidak bisa matang karena diganggu Jin #budayajawa #jin #tahayul #sesajen #pernikahan #pesta ♬ Horror atmosphere piano & SE. – Kohrogi
Mereka kemudian melakukan pelbagai ikhtiar untuk memasak nasi tersebut seperti meletakkannya di atas dapur gas dan memasukkan air panas, tetapi masih gagal.
Sebilangan mereka mendakwa penyebab nasi itu tidak masak adalah kerana gangguan jin.
Akhirnya, mereka dibantu seorang lelaki bernama Pak Yai Zainudin yang menggunakan ‘ikhtiar tradisional’. Nasi itu akhirnya masak selepas sejam ditanak semula.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Percaya atau tidak, ia turut berlaku di tempat saya” komen seorang netizen.
BACA:
Penduduk di Pandan Indah terkejut seekor kambing lahirkan anak kambing mata satu