Tesla Cybertruck meletup depan Hotel Trump, ini respon Ceo Tesla

Oleh FAHMI ABBAS

Sebuah Tesla Cybertruck dilaporkan meletup di hadapan pintu masuk Hotel Trump pada pagi Rabu, mengejutkan ramai pihak.

Insiden tragis ini mengakibatkan satu kematian dan tujuh orang lain cedera ringan, mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai punca dan keselamatan kenderaan tersebut.

Menyedari kecoh yang timbul, Elon Musk, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, tampil memberikan penjelasan mengenai insiden tersebut.

Beliau segera menafikan dakwaan bahawa letupan itu disebabkan oleh masalah teknikal atau kecacatan dalam kenderaan Cybertruck.

“Letupan ini berpunca daripada bunga api besar atau bahan letupan yang diletakkan di but belakang Cybertruck.

Tesla Cybertruck meletup depan Hotel Trump, ini respon Ceo Tesla

Tiada kaitan dengan kerosakan teknologi kenderaan tersebut,” tegas Musk.

Beliau juga menjelaskan bahawa sistem telemetri dalam kenderaan berfungsi dengan baik sebelum kejadian, mengundang spekulasi bahawa insiden ini mungkin melibatkan unsur sabotaj atau serangan yang disengajakan.

Sementara itu, siasatan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan mendedahkan bahawa letupan tersebut dipercayai disebabkan oleh kombinasi bunga api, tangki gas, dan bahan letupan yang disambungkan ke sistem dalaman kenderaan.

Menurut Sheriff Las Vegas, Kevin McMahill, Cybertruck 2024 yang terlibat dalam insiden itu telah disewa melalui platform Turo.

“Seorang mangsa maut dalam kejadian ini, tetapi identitinya masih belum dikenal pasti,” kata McMahill.

Selain itu, tujuh orang lain yang berada berhampiran lokasi kejadian turut mengalami kecederaan ringan akibat letupan tersebut. Siasatan sedang diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian ini.

BACA; Zila Bakarin dedah kejadian pelik ketika jemput anak balik sekolah jadi punca berhijrah

Leave a Comment