Teruk dikecam netizen, akhirnya exco Kelantan bersuara kes tarian jolok mata

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah membuka kertas siasatan berhubung majlis makan malam yang dianjurkan oleh

sebuah syarikat perlombongan, yang didakwa menampilkan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah pada Sabtu lalu.

Majlis tersebut turut melibatkan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) kerana acara itu diadakan di dewan sekolah berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah, menyatakan bahawa

semakan dengan Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM) mendapati pihak penganjur tidak memohon permit untuk mengadakan acara tersebut.

Beliau menjelaskan, maklumat awal menunjukkan kebanyakan tetamu adalah pelombong dari China yang bekerja di kawasan perlombongan sekitar Sokor, Tanah Merah,

Teruk dikecam netizen, akhirnya exco Kelantan bersuara kes tarian jolok mata

serta tetamu luar dan pekerja syarikat berkenaan, termasuk beberapa penduduk tempatan yang beragama Islam.

“Saya sendiri baru mengetahui mengenai perkara ini, dan kertas siasatan telah dibuka. Pihak penganjur dan pihak sekolah akan dipanggil untuk memberikan keterangan mereka.

“Difahamkan majlis makan malam syarikat perlombongan emas itu diadakan di dewan milik sebuah SJKC di Tanah Merah.

Kami kesal dengan tindakan pihak penganjur yang menyediakan hiburan sedemikian, selain menggunakan dewan sekolah untuk acara hiburan seperti itu,” katanya seperti dilaporkan oleh Harian Metro.

Hilmi turut menegaskan bahawa tindakan penganjur dan sekolah tersebut melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

BACA: Doktor forensik tumpang tidur di bilik kosong hospital, Cuak tiba-tiba loceng kaunter depan berbunyi!

1 thought on “Teruk dikecam netizen, akhirnya exco Kelantan bersuara kes tarian jolok mata”

Leave a Comment