Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria, dilaporkan akan melepaskan jawatannya dalam masa terdekat.
Menurut laporan Sinar Harian, keputusan ini dikatakan dibuat berikutan kontroversi mengenai kehadiran ahli keluarganya di Sukan Olimpik 2024 di Paris.
“Melihat pelbagai reaksi semasa ini, saya merasa perlu untuk meletakkan jawatan daripada BAM.
Saya berharap pemimpin yang seterusnya dapat memperbaiki keadaan badminton negara kita,” kata Norza.
Pada bulan Mei lalu, Mohamad Norza telah menyatakan hasrat untuk berundur selepas Sukan Olimpik Paris pada Ogos.
Beliau menegaskan bahawa peranannya dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan BAM dilakukan secara sukarela.
“Saya tidak menerima sebarang gaji atau elaun daripada kedua-dua pertubuhan ini. Saya hanya ingin membantu membawa kegemilangan dan kebanggaan kepada negara,” tambahnya.
Mohamad Norza turut menyatakan bahawa serangan terhadap keluarganya adalah tidak wajar, dan mereka tidak sepatutnya melalui perkara tersebut.
Sebelum ini, Mohamad Norza terlibat dalam kontroversi mengenai kehadiran ahli keluarganya di Sukan Olimpik 2024, di mana mereka dilihat memakai kad akreditasi. Namun, beliau menjelaskan bahawa mereka mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri.
BACA: “Bini mengaku 2 kali terlanjur dengan lelaki bujang, bersaksikan anak-anak aku lafaz lagi sekali”