Terkini !!! Zahid negatif Covid-19

Terkini !!! Zahid negatif Covid-19

Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi disahkan bebas daripada jangkitan wabak Covid-19 meskipun dia ada berjumpa dengan Anggota Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman, yang diuji positif Covid-19 semalam.

“Pagi ini saya menerima perkhabaran menggembirakan apabila keputusan ‘swab test’ yang dijalankan adalah negatif.

“Pagi ini tepat jam 7.44 pagi, doktor telah menghubungi isteri saya memaklumkan perkhabaran ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Semalam, presiden Umno itu menjalani ujian ujian calitan RT-PCR di sebuah hospital di Shah Alam setelah Tajuddin didapati positif. Mereka bertemu di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur empat hari lalu.

Mesyuarat Isnin lalu turut disertai bekas presiden Umno, Najib Razak. Dia juga memberitahu bahawa ujiannya menunjukkan keputusan negatif.

“Negatif. Rasanya ini kali ke-15 saya membuat saringan Covid-19.

“Setiap kali hadir ke Dewan Rakyat, buat test. Rentas negeri, dicucuk hidung lagi. Ada kontak rapat yang disahkan positif Covid-19, test lagi.

“Alhamdulillah. Ujian terbaru dibuat semalam juga negatif,” tulisnya di Facebook.

Tajuddin adalah pemimpin politik dalam senarai panjang wakil rakyat, menteri dan timbalannya yang diuji positif Covid-19 baru-baru ini.

Masih tidak pastikan punca Tajuddin dijangkiti virus itu, tetapi apa yang pasti dia menghadiri sidang media oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz pada 12 Januari, yang mengesahkan dia positif virus itu, pada Selasa lalu.

Nazri sebelum ini berkata dia memutuskan untuk menjalani ujian setelah menyedari bahawa dia pernah menemui aktivis Umno, Zaharin Mohd Yassin pada sidang media yang sama. –MK

COMMENTS