Terkini !!! Tiga kampung di Terengganu kena PKPD

Terkini !!! Tiga kampung di Terengganu kena PKPD

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan tiga kampung di Terengganu diletakkan bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 570 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif Covid-19 telah direkodkan meliputi ketiga-tiga lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Darau Awek, Kampung Padang Baloh dan Kampung Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu bermula 14 sehingga 27 Februari 2021,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Pelaksanaan PKPD ini, jelas Ismail yang juga menteri pertahanan untuk mengawal pergerakan penduduk dan mengurangkan jangkitan dalam komuniti.

Katanya, selain itu PKPD akan memudahkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar ke atas kira-kira 2,152 penduduk di ketiga-tiga lokaliti tersebut.

Sementara itu, Ismail juga mengumumkan PKPD di Penjara dan Kuarters Kakitangan Simpang Renggam di Kluang, Johor tamat pada 14 Feb ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/562745