Terkini !!! Tentera tahan Aung San Suu Kyi, rampasan kuasa di Myanmar?

Terkini !!! Tentera tahan Aung San Suu Kyi, rampasan kuasa di Myanmar?

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi dan beberapa pemimpin kanan parti ditahan dalam satu serbuan awal pagi tadi.

Menurut Reuters, penahanan mereka disahkan jurucakap Parti Liga Demokrasi (NLD) Myo Nyunt.

Penahanan barisan pemimpin kerajaan ini susulan ketegangan semakin memuncak antara kerajaan awam dan junta tentera.

Ia dibimbangi akan mencetus gerakan rampasan kuasa.

Selain Suu Kyi, turut ditahan adalah Presiden Win Myint.

Myo Nyunt dalam pada itu meminta rakyat untuk bertenang dan tidak bertindak melulu dengan perkembangan ini. –AA