Terkini !!! Rina Harun pula positif Covid-19

Terkini !!! Rina Harun pula positif Covid-19

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, disahkan positif COVID-19 setelah mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Beliau menjalani ujian saringan COVID-19 di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.

“YB Datuk Seri Rina telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut dan akan mematuhi segala garis panduan berkaitan jangkitan COVID-19 yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kementerian itu hari ini.

Sehubungan itu, Rina yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa memohon maaf atas kesulitan yang berlaku susulan perkembangan terbaharu berhubung jangkitan COVID-19 kepadanya.

“Beliau juga akan pastikan, semasa ketiadaan beliau, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian Kementerian akan tetap berjalan seperti biasa,” menurut kenyataan itu lagi.

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed turut disahkan positif COVID-19.

Berita penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rina-harun-positif-covid19-277120

COMMENTS