Terkini !!! Pelaksanaan PKP dijangka kembali

Terkini !!! Pelaksanaan PKP dijangka kembali

Tanda tanya sama ada negara akan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19 bakal diketahui Isnin ini kerana Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dijangka akan membuat pengumuman berhubung perkara itu.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ramai rakyat yang sudah menularkan bahawa kerajaan akan melaksanakan sesuatu yang lebih ketat.

“Kerajaan sentiasa dengar rintihan dan pandangan rakyat dan kita sedang mempertimbangkan.

“Insya-ALLAH apa-apa nanti akan diumumkan oleh Perdana Menteri pada Isnin nanti. Jadi kita tunggulah apa yang akan diumumkan dan bersedia dengan pengumuman itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Media PKP Pemulihan(PKPP)/PKP Bersyarat (PKPB) pada Jumaat.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/118192/BERITA/Nasional/PM-dijangka-umumkan-pelaksanaan-PKP-Isnin-ini?

COMMENTS