Terkini !!! Operasi kedai makan dilanjutkan ke 10 malam

Terkini !!! Operasi kedai makan dilanjutkan ke 10 malam

Mulai esok, operasi kedai makanan dan restoran di kawasan atau negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Perjalanan (PKP 2.0) akan dilanjutkan sehingga jam 10 malam.

“Saya ingin umumkan kita setuju lanjutkan ops kedai makan dan restoran sehingga pukul 10 malam mulai besok,” kata Menteri Kanan Kluster Keselamatan Ismail Sabri Yaakub pada sidang medianya di Kuala Lumpur, hari ini.

Dia berkata, sejak beberapa hari lalu, tukar di media sosial, termasuk orang ramai yang menghantar mesej secara langsung kepadanya berhubung rasa tidak puas hati dan rungutan mereka tentang kedai makan dan restoran yang diarahkan ditutup awal iaitu jam 8 malam.

“Kita faham ramai katakan terlalu awal ditutup, kerana sampai rumah lewat tak sempat beli makanan.

“Juga rintihan peniaga-peniaga makanan, terutama yang biasa popular waktu malam seperti burger, sate, (mereka) kata pelanggan mereka mula (ramai) lepas Mahgrib dan Isyak,” katanya.

Justeru, sebagai kerajaan yang sentiasa mendengar pandangan rakyat, katanya, satu mesyuarat jawatan kuasa kecil terdiri daripada wakil Kementerian Kesihantan Malaysia (KKM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan beberapa agensi atau kementerian berkaitan ekonomi telah membincangkan perkara itu.

Selepas perbincangan kerajaan bersetuju membenarkan lanjutan waktu itu.

Gesaan lanjutan waktu operasi kedai makan itu sebelum ini juga disuarakan oleh beberapa pemimpin kerajaan dan juga pembangkang, termasuk pertubuhan pengusaha makanan dan badan bukan kerajaaan.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas pada 11 Januari lalu mengumumkan PKP untuk tempoh 14 hari bermula 13 Januari dan akan berlangsung sehingga 26 Januari di lima negeri.

PKP itu kemudian diperluas ke seluruh negara, kecuali Sarawak, bermula 22 Januari.

Mengikut peraturan PKP, restoran atau kedai makan mesti menamatkan operasi pada jam 8 malam. Ini bermaksud perkhidmatan penghantaran makanan pula tidak lagi menerima pesanan seawal jam 7.20 malam. – MK