Terkini: Najib pecat firma Zaid Ibrahim urus kesnya. Bekas perdana menteri Najib Razak telah melepaskan firma guaman yang baru dilantik, Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners, daripada mewakilinya dalam rayuan SRC International.
Peguam utama Hisyam Teh memaklumkan perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan hari ini apabila perbicaraan disambung semula.
“Peguam cara telah dilepaskan oleh perayu (Najib),” katanya.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan, kemudian berkata mahkamah mengambil maklum perkara ini dan memerintahkan pendakwa ad-hoc V Sithambaram meneruskan hujahannya.
Najib melantik firma yang diketuai oleh Zaid Ibrahim itu untuk mengambil alih pembelaannya daripada Shafee & Co bulan lepas.
BERITA LANJUT MENYUSUL
BACA:
Teknik sebenar simpan kelapa parut, boleh tahan sampai 3 bulan
Selepas gelek di majlis Aqiqah, Ifa Raziah buat ‘live’ tahjud tengah malam
Peminat Billie Eilish dah mula beratur sejak 5am, konsert malam ni jam 8pm di KL