Terkini !!! Ketua PKR, DAP dan Amanah Perak tiba di Istana Kinta

Terkini !!! Ketua PKR, DAP dan Amanah Perak tiba di Istana Kinta

Ketiga-tiga pemimpin parti dalam Pakatan Harapan (PH) Perak sudah memasuki Istana Kinta untuk menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Pengerusi DAP Perak yang juga Adun Aulong, Nga Kor Ming, tiba bersama Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, serta Asmuni Awi (Amanah) kira-kira jam 10.45 pagi.

Asmuni merupakan Adun Manjoi dan bekas exco kanan semasa kerajaan PH.

Mereka dijadual menghadap Sultan Nazrin pada jam 11 pagi ini.

Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad, pula dijangka akan menghadap baginda kira-kiora 30 minit kemudian.

Semalam, Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang juga Adun Chenderiang dan Timbalan Presiden Bersatu mengumumkan akan berundur daripada jawatannya.

Ia dibuat setelah dia gagal mendapat sokongan majoriti daripada wakil-wakil rakyat negeri itu dalam undi percaya yang diusulkan Adun Pengkalan Baru (Umno), Abdul Manaf Hashim.

Ahmad Faizal hanya mendapat sokongan 10 Adun berbanding 48 yang menolak selain satu undi rosak atau berkecuali.

Untuk rekod, Umno memiliki 25 Adun dan PAS pula hanya tiga. Ia bermaksud sebahagian besar – atau mungkin semua – Adun Umno mengundi untuk menolak usul yang dibawa wakil mereka.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553901

COMMENTS