Terkini !!! Kerajaan benarkan Pub, Kelab Malam beroperasi hingga 10 malam

Terkini !!! Kerajaan benarkan Pub, Kelab Malam beroperasi hingga 10 malam

Kerajaan telah membenar pengusaha-pengusaha kelab malam dan pub meneruskan operasi sehingga pukul 10 malam.

Menurut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dipapar dalam laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), pengusaha-pengusaha pub dan kelab malam dibenar beroperasi dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam.

Walau bagaimanapun, kebenaran ini tertakluk kepada beberapa syarat.

Di antaranya penjualan makanan hanya dibenarkan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran.

Prosedur Operasi Standard (SOP) ini telah dikemaskini pada 4 Februari 2021, susulan sidang media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Berita penuh : https://inisabahbah.com/pub-kelab-malam-dibenar-beroperasi-sehingga-pukul-10-malam/?lang=ms